BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 15

Yea, Sayalah Zotzaswan, I Mean, Zotzawson

Oh yea, kisah teruja yang masih segar dalam kepala yang tak seberapa elok ni.

Satu hari tu, Ahad. Aku ingat lagi. Sebab masa tu, pekerja semua tak cukup tangan uruskan kedai yang dah nak pecah sebab pelanggan ramai sangat. 

Diceritakan, ada sekumpulan anak anak muda yang mungkin baru turun dari Bukit Broga, datang dan lepak makan di kedai Nasi Lemak Mak Aji Catering. 

Selepas tu, aku masa tu tengah best lap lap sudu sebab aku suka tengok sudu berkilat. Boleh nampak muka, dan tersenyum sorang sorang nampak muka sendiri kat sudu. Bodoh. Aku tahu. Tapi perkataan "HAHAHA" memang sangat sesuai masa ni.

Sangat bodoh.

Tengah best gilap gilap bakat menggilap sudu, ada seorang perempuan tegur aku. Lebih kurang macam ni lah ceritanya...

"Eh. zotzawson?"

"Errrrr, yea?" Sambil buat muka watdefakkk.

"Kerja sini yea?"

"Yup. I memang kerja sini. Famili punya bisnes"

"Well, you're a cool blogger." 

Lepas tu kan, AKU SENYUM SORANG SORANG FOR THE WHOLE DAY. Aku taktau kenapa. Tak happy sangat pun. Just, orang tak pernah jumpa readers kan. Tu yang batak sikit tu. Atau gila psudu banyak sangat. 

Mungkin.

Then whilst busy working, I heard someone shouting.

"Zot! Nak Sudu!"

Siot punya minah. Perli aku suka lap sudu ke? Hahaha.

Kisah ni pertama kali diceritakan kepada budak ni. Dia gelak masa tidur, atau dia tidur dan tergelak aku taktau. Tapi dia dah tahu cerita ni.

Dan juga budak bajet cute tapi memang cute dan aku taktau kenapa aku mengaku dia cute ni. Dia tanya kenapa tak amik gambar dengan readers tu. Aku jawab..

"saya bukan Anuar Zain." =="

Btw, thanks kepada Ana, *based on Kak Linda's hearing* for your compliments. And and, lu'olls laaaa. Takkan nak lupa kat korang.

Ok zot. Enough. 

No comments: