BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 17

Poligami? Niceeeeeeee.


hot topic:poligami
x:wei,ko pe cte skang?sehat?
y:sehat la,nk plak de due bni,sng hati.hahaahaah
x:ouh.yke?hebat la ko...
persoalannye..ape itu poligami?ape baik n bruknye?korg rse time die nk kwin tu,die de pk ke psl ank bni die kt uma?ank2 tgh skola?
sayang,laki2 tau satu je snh nabi,poligami.bile sroh solat sume...ade ke ikut sunnah nabi?
such a loser!im want y'all feedback:)
klu bleh,ibu2 korg nk respond un leh:)



Dipetik dari kawan aku punya FB. Dia lelaki. Dan masih tak berkahwin. Sebaya aku.

Poligami ni, yang dia skop kan sekarang ni adalah mengapa masyarakat Melayu semua suka berpoligami.  Dia persoalkan, apa itu poligami, apa baik dan buruknya, masa dia buat tu, fikir tak pasal anak bini?


Meh aku ceritakan satu satu. Poligami ni memang sunnah. Tak buruk.

Sebelum tu, diingatkan juga, aku bukan nak tunjuk pandai, jauh sekali mengutuk. Mungkin sekadar tegur. Mungkin.

Benda sekarang, yang memburukkan poligami ni adalah MASYARAKAT MELAYU SENDIRI. Yea, orang Melayu. 


Sekarang kau cakap poligami ni pulak yang tak betul. Lelaki loser. Memang aku setuju. Kau ada point kau kat situ. Tapi JANGAN CAKAP POLIGAMI TU TAK BETUL. Benda yang kau kena tekankan sekarang, orang yang melakukan poligami.

Kat bahu lelaki ni, tuhan dah letak tanggungjawab yang berat. Tuhan tak letak kelebihan pada kaum. Tuhan letak kelebihan pada jantina. Sebab tu aku tak bangga jadi Melayu, tapi aku bangga aku jadi lelaki. Aku boleh tak mengaku aku Melayu. Tapi aku takboleh tak mengaku aku ni lelaki. 


Sekarang ada faham kawan? Haha.


Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak boleh mendiskriminasi poligami. Sebab itu sunnah. Tak boleh diskriminasi lelaki. Sebab lelaki ni pemimpin. Apa yang boleh di diskriminasi?


Individu yang melakukan poligami. Faham kan setakat ni?


Ok, kau cakap DIA fikir tak anak bini dia masa dia nak berpoligami. Dia tu adalah individu yang melakukan poligami. Kita kena kaji dia, individu, dan bukan poligami, atau lelaki.


Kita kena tengok dia macam mana. Warak atau tak, ilmu tinggi ke rendah, menuntut ilmu dengan siapa, siapa guru dia, amalan dia macam mana, aktiviti dia macam mana. 


Dan sebenarnya, it depends on niat. Kalau buruk, maka buruk lah. Kalau baik, maka baiklah tindakan itu.


Kalau tahap pendidikan dia setakat PhD, silalah berjumpa dengan Al Musnid Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki. Guru aku. Tanya dia. Sebab aku tak boleh terangkan lebih lanjut. Aku taktau. Nak lebih lanjut, jumpalah sapa sapa.


Yang aku tahu, kau takboleh mendiskriminasikan sesuatu benda yang HAK membabi buta. Sebab itu hak tuhan. Jangan persoalkan kenapa lelaki je boleh berpoligami. Tuhan cakap boleh, so boleh lah.


Ingat selalu benda ni. YANG PENTING HATI DAN NIAT.

1 comment:

Anonymous said...

haaa..kemain kemain