BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 26

Budak Mentah

Ok so this post is about our influence to people. And vice versa.

Aku terbaca status Oh! Media kat, tempat biasa lah. Bunyi dia macam ni.

"Adik-adik, kami tak marah pun kalau adik nak buat page lain nama lebih kurang macam kami (hoi! media ke, eh! media ke, ah! media ke, adoi! media ke), sebab kami tahu adik baru nak belajar, tapi jangan lah over sampai tahap menciplak pula ya adik? Belajar mencari influence adik sendiri. InsyaAllah ramai yang suka hasil kerja adik ♥"

Ok, tu memang kopi-pes lah. Aku tak tambah or tolak mana mana yang penting dan tak penting. Masa aku terbaca ni, part yang "belajar mencari influence sendiri" tu, aku memang, setuju.

Kita ni semua, termasuk aku, muda muda memang susah nak cari pengaruh sendiri. Aku mengaku yang aku memang terpengaruh dengan orang. Lagi lagi ayah aku, aiwahhh.

Ok, tu yang aku ikut lah. Aku bukan nak berlagak baik atau benda yang seangkatan dengannya. Tapi aku memang taktau apa yang nak jadi dengan anak muda sekarang.

Aku pun terpengaruh jugak. Rokok. Maaf. Bukan dari ayah aku. Maaf sekali lagi.

Tapi yang bab bab menciplak ni, adoi. Kantoi gila takda pendirian sendiri. Dan sekarang bukan aku nak kutuk atau apa apa lagi. Entahlah.

Orang mempengaruhi kita. By that, what I meant was, improvise, adapt, overcome. Tengok, memang terang terang aku ambil daripada Undisputed. Sebab aku dah kehilangan ayat.

They (the influencer) provide us with an idea on something. Big or small, it is still an idea. We have to improvise. If it's perfect, spread it. Pay it forward.

Orang yang suka memplagiat ni, tak pakai otak. Kerja nak senang je, jadi ambil orang lain punya idea, then claim it's them. Kau orang tak pernah merasa macam mana diplagiat. Kau orang buatlah. Kena sekali kat batang hidung, jangan berani nak menyumpah seranah.


Have a taste of your own weapon.
Nak bukak mata orang bagi sedar bukan kerja senang, yea tak?

Idea Bodoh

Macam ni lah kalau takdapat tidur.

Well, otak aku ni bernas. Banyak idea baik, dan bodoh juga turut serta. Sapa yang tak pernah bagi idea bodoh? Cakap sikit.

Ada beberapa mangsa yang aku telah, dimangsakan. Tak banyak, dua orang je aku rasa. Aku rasa lah. 

So sebab mereka pun agak GHOSTBIRD. Aku pun cakaplah..

"Hey, jom kita mogok!"

"Macam mana?"

"Berdiri depan rumah, buat battle stance, dan jerit, "Mengapa aku perlu mogok!?" ok? Jom jom"

"Bangang"

Itu dari mangsa pertama. Dari mangsa kedua.


"Hey, jom kita mogok!"

"Macam mana?"

"Berdiri depan rumah, buat battle stance, dan jerit, "Mengapa aku perlu mogok!?" ok? Jom jom"

"Ubi punya ami."

Ini je lah yang aku ingat. Yang lain aku tak ingat. Haih. So idea ni bodoh, memang, sangat. Kan kan?

Sunday, February 20

Saya Mintak Maaf Banyak Banyak

Lelaki mana yang takda soft spot untuk perempuan? Kan kan?

Bagi aku, selain ibu, kakak, dia ni lah yang aku ada soft spot.

Kan aku cakap, dia menggoda.

Yea, aku tahu dia menggoda. Back off. Ceit. Macam aku punya je.

Ok ok.

Kepada Aaina Nadia binti Mazlan. Saya, Abdullah Zahid bun Jazman, mintak maaf banyak banyak sampai tak terkira sebab ter typo benda tak elok. Honest mistake. Saya sendiri pun terkilan. Don't worry. Nanti caramel siap ok? Macam Sheril cakap, sorry je tak cukup.

I know. 

I'll give you time. But I can't wait forever. 

Friday, February 18

Menyusahkan Orang Tak Sudah Sudah

Biasalah kalau dah sakit. Kerja semua tolak kat orang. Haha.



Btw, sakit. Ciao.

Thursday, February 17

Poligami? Niceeeeeeee.


hot topic:poligami
x:wei,ko pe cte skang?sehat?
y:sehat la,nk plak de due bni,sng hati.hahaahaah
x:ouh.yke?hebat la ko...
persoalannye..ape itu poligami?ape baik n bruknye?korg rse time die nk kwin tu,die de pk ke psl ank bni die kt uma?ank2 tgh skola?
sayang,laki2 tau satu je snh nabi,poligami.bile sroh solat sume...ade ke ikut sunnah nabi?
such a loser!im want y'all feedback:)
klu bleh,ibu2 korg nk respond un leh:)



Dipetik dari kawan aku punya FB. Dia lelaki. Dan masih tak berkahwin. Sebaya aku.

Poligami ni, yang dia skop kan sekarang ni adalah mengapa masyarakat Melayu semua suka berpoligami.  Dia persoalkan, apa itu poligami, apa baik dan buruknya, masa dia buat tu, fikir tak pasal anak bini?


Meh aku ceritakan satu satu. Poligami ni memang sunnah. Tak buruk.

Sebelum tu, diingatkan juga, aku bukan nak tunjuk pandai, jauh sekali mengutuk. Mungkin sekadar tegur. Mungkin.

Benda sekarang, yang memburukkan poligami ni adalah MASYARAKAT MELAYU SENDIRI. Yea, orang Melayu. 


Sekarang kau cakap poligami ni pulak yang tak betul. Lelaki loser. Memang aku setuju. Kau ada point kau kat situ. Tapi JANGAN CAKAP POLIGAMI TU TAK BETUL. Benda yang kau kena tekankan sekarang, orang yang melakukan poligami.

Kat bahu lelaki ni, tuhan dah letak tanggungjawab yang berat. Tuhan tak letak kelebihan pada kaum. Tuhan letak kelebihan pada jantina. Sebab tu aku tak bangga jadi Melayu, tapi aku bangga aku jadi lelaki. Aku boleh tak mengaku aku Melayu. Tapi aku takboleh tak mengaku aku ni lelaki. 


Sekarang ada faham kawan? Haha.


Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak boleh mendiskriminasi poligami. Sebab itu sunnah. Tak boleh diskriminasi lelaki. Sebab lelaki ni pemimpin. Apa yang boleh di diskriminasi?


Individu yang melakukan poligami. Faham kan setakat ni?


Ok, kau cakap DIA fikir tak anak bini dia masa dia nak berpoligami. Dia tu adalah individu yang melakukan poligami. Kita kena kaji dia, individu, dan bukan poligami, atau lelaki.


Kita kena tengok dia macam mana. Warak atau tak, ilmu tinggi ke rendah, menuntut ilmu dengan siapa, siapa guru dia, amalan dia macam mana, aktiviti dia macam mana. 


Dan sebenarnya, it depends on niat. Kalau buruk, maka buruk lah. Kalau baik, maka baiklah tindakan itu.


Kalau tahap pendidikan dia setakat PhD, silalah berjumpa dengan Al Musnid Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki. Guru aku. Tanya dia. Sebab aku tak boleh terangkan lebih lanjut. Aku taktau. Nak lebih lanjut, jumpalah sapa sapa.


Yang aku tahu, kau takboleh mendiskriminasikan sesuatu benda yang HAK membabi buta. Sebab itu hak tuhan. Jangan persoalkan kenapa lelaki je boleh berpoligami. Tuhan cakap boleh, so boleh lah.


Ingat selalu benda ni. YANG PENTING HATI DAN NIAT.

Melaka

Kerja yang tak pernah dibuat orang.

So, sebab aku taktidur lagi, dan sudah beberapa hari jugak tak cukup tidur. Aku bagi korang buat karang sendiri. Aku bagi isi isi penting je. Ok?

Kerja - Zhafri called - cadang lepak Bangsar - Syed Mughni.

Habis kerja - mintak Ayen hantar ke rumah Zhafri - sampai terus mandi - buat macam rumah sendiri - Andy called - Zhaf beritahu yang dia bawak kawan dia - iaitu aku.

Zhaf call Andy - tanya nak pergi mana - Andy tanya balik - duit ada berapa - RM 70 - dia cakap terus lepak Melaka lah - kami pun tunggu.

Andy sampai - jemput - lagi mahu tanya mau pergi mana - ingat nak pergi Melaka - dia cakap dia bergurau - siri sumpah menyumpah bermula - dia cakap lantak lah - ikut je.

Lepas periksa kereta - diharap semua ok - terus bertolak - sambil nyanyi lagu Incubus - ok aku tipu bab lagu Incubus tu.

Bergaduh dalam kereta sebab duit tol - Zhaf cakap RM 13 dari Bangi sampai Melaka - aku cakap RM 18 - Andy cakap RM 15 - aku dengan Andy tepuk dahi - sebab kalah - so korang tahu lah berapa jumlah tol.

Sampai Melaka - tiba tiba jumpa Syed - nasib baik tak lepak Bangsar - sebab dia takda kat sana - dia kat Melaka.

Lepak makan - lepak kat mana entah lagi - singgah sekolah sekolah yang ada kat Bandaraya Melaka - balik.

Perjalanan disingkatkan - aku sakit kepala - tidur - sedar sedar dah sampai tol Bangi - tiket hilang - kena saman - atau kakak tu lepas macam tu je - masih menjadi tanda tanya. =="

Wednesday, February 16

Prejudis

Benda yang, amat mengujakan untuk dibuat. Baik, atau jahat, errr silap, buruk.

Semua orang ada mulut. Digunakan untuk tujuan baik, dan buruk. Jadi, aku ni, biasa sits on fences. Aku memang suka berada di tengah. Kalau kau nak tahu lah.

Tapi sebenarnya, duduk kat tengah ni, tak elok. Atau elok. Sebab bagi aku, duduk tengah is a win - win situation. Aku tak suka kalah. Sapa suka kalah kan?

Tapi kalau kalah, semat dalam hati, ini ujian. Hahaha. Pesanan khidmat masyarakat yang tak berapa nak lut tuu. Haih, aku benci lah kalau dah tak cukup tidur ni. Cranky.

Dan sebenarnya, banyak sifat yang tak elok aku ni. 

Jangan debat dengan aku kalau kau tak faham hakikat / fakta.

Biasakan pendapat kau di pancung  kalau kawan dengan aku. I stand on my rights.

Kalau tak kenal aku, jangan berani kau cakap aku sombong. Duduk semeja dengan aku, baru kau tahu aku macam mana.


Itu 3 perkara je dulu. Sekarang nak cakap pasal mulut.

Aku memang suka bercakap. Kadang kadang kawan kawan pelik kalau aku tak bersuara.Dan masa aku diam tu lah aku selalu kena bahan, dan menjadi kutukan orang ramai / kawan kawan.

So, biar aku diam je. 

Jangan bercakap dengan aku kalau kat tak faham faham fakta dan hakikat yang depan sepasang mata kau tu. Jangan jadi bodoh.

Dah Jemu

Jangan cemari apa yang dah ada. - Noh Hujan

Kita kalau takboleh jadi garam yang sedapkan ikan, jangan jadi lalat yang busukkan ikan. Faham? 

Tak faham?

Kita ni kalau jahat, jangan halang orang lain nak buat baik i.e jangan cakap..

"Eleh nak buat baik konon."

"Ah, berlakon je tuu."

Malas aku nak post panjang panjang. Orang bodoh je yang tak faham apa yang aku sampaikan.

Tuesday, February 15

Yea, Sayalah Zotzaswan, I Mean, Zotzawson

Oh yea, kisah teruja yang masih segar dalam kepala yang tak seberapa elok ni.

Satu hari tu, Ahad. Aku ingat lagi. Sebab masa tu, pekerja semua tak cukup tangan uruskan kedai yang dah nak pecah sebab pelanggan ramai sangat. 

Diceritakan, ada sekumpulan anak anak muda yang mungkin baru turun dari Bukit Broga, datang dan lepak makan di kedai Nasi Lemak Mak Aji Catering. 

Selepas tu, aku masa tu tengah best lap lap sudu sebab aku suka tengok sudu berkilat. Boleh nampak muka, dan tersenyum sorang sorang nampak muka sendiri kat sudu. Bodoh. Aku tahu. Tapi perkataan "HAHAHA" memang sangat sesuai masa ni.

Sangat bodoh.

Tengah best gilap gilap bakat menggilap sudu, ada seorang perempuan tegur aku. Lebih kurang macam ni lah ceritanya...

"Eh. zotzawson?"

"Errrrr, yea?" Sambil buat muka watdefakkk.

"Kerja sini yea?"

"Yup. I memang kerja sini. Famili punya bisnes"

"Well, you're a cool blogger." 

Lepas tu kan, AKU SENYUM SORANG SORANG FOR THE WHOLE DAY. Aku taktau kenapa. Tak happy sangat pun. Just, orang tak pernah jumpa readers kan. Tu yang batak sikit tu. Atau gila psudu banyak sangat. 

Mungkin.

Then whilst busy working, I heard someone shouting.

"Zot! Nak Sudu!"

Siot punya minah. Perli aku suka lap sudu ke? Hahaha.

Kisah ni pertama kali diceritakan kepada budak ni. Dia gelak masa tidur, atau dia tidur dan tergelak aku taktau. Tapi dia dah tahu cerita ni.

Dan juga budak bajet cute tapi memang cute dan aku taktau kenapa aku mengaku dia cute ni. Dia tanya kenapa tak amik gambar dengan readers tu. Aku jawab..

"saya bukan Anuar Zain." =="

Btw, thanks kepada Ana, *based on Kak Linda's hearing* for your compliments. And and, lu'olls laaaa. Takkan nak lupa kat korang.

Ok zot. Enough. 

Sunday, February 13

Macam Ni Lah

Bijak ni dekat hati, akal. Bukan otak.

Wise came from your heart, not brain. Nak fikir benda benda ni semua, pakai hati. Bergantung kepada hati untuk fikir benda baik atau benda buruk. Betul?

Bukan otak baik atau otak buruk. Orang tak pernah cakap macam tu. Orang selalu cakap..

"Otak kau kotor lah!"

"Bukan otak, hati."

"Takkan serius macam tu?"

"Memang serius macam tu pun."

"How come ahh?"


Sebab, kita fikir ikut nafsu. Kan? Silap tuu. jarang lah jadi. Sebab orang yang ikut nafsu, tak fikir. Habis tu macam mana nak fikir kalau tak ikut nafsu?


Janganlah ikut nafsu. Jangang jadi bodoh. Kan ada pilihan, nak fikir benda baik atau benda buruk. Baik dan buruk datang dari hati. Bukan otak.

Saturday, February 12

Kematangan Yang Tak Matang

Post ni memang takda kena mengena langsung dengan kelahiran bayi pra-matang.


Matang ni satu langkah kedepan untuk mengecapi kebijaksanaan atau kearifan. People who were matured are likely to be wise.


Dan memang terbukti dengan jelas yang aku, belum matang sepenuhnya. Dan pos ni bukanlah sebab aku. Tapi sebab orang keliling aku. Dan juga kau.


Orang kata, perempuan lagi cepat matang daripada lelaki. Orang kata lah. Betul jugak. Physically, emotionally, but not intellectually. Matang perempuan bukan menyeluruh. Lelaki lain pula ceritanya.


Orang lelaki ni matang masa dah kahwin. Kebanyakannya lah. Aku sokong ni. Aku sendiri pun tak matang. But men, are great simplifiers. And great simplifiers are always a great leader.


Contoh. Keluar rumah. Si perempuan sibuk berdandan, melawa nak keluar rumah. Lelaki? Baju apa yang dia pakai dalam rumah tu lah yang dipakai untuk keluar. Paling hebat pun, tukar seluar panjang. Aku lah tu.


Nak balik kampung. Perempuan sibuk kemas kemas baju. Nak balik kampung pun paling kuat seminggu. Silap haribulan 3 hari je. Tapi perempuan kemas baju, aiyo, macam melancong sebulan. Bukan semua perempuan, Kebanyakan. Faham?


Lelaki pula, amik boxer / seluar dalam / brief 5 helai. Round-neck 5 helai. Kain pelikat 2 helai.Seluar pendek 2 pasang. Jeans sepasang. Selipar.


Mudah jadi lelaki? Salah sangat.


Kat bahu lelaki ni terletaklah, tanggungjawab yang sangat besar. Tak kira kepada agama, umat, keluarga. Sebab tu lelaki tak buang masa berfikir untuk perkara remeh. Fikir tanggungjawab. Dan mungkin enjoy sekali sekala. Tapi perempuan enjoy jugak kan?


Aku cakap macam ni sebab, I do not and never will understand girls. There are no guys who understands girls. But listen girls, we are always understanding.

Kuasa Duit

Ini semua pengaruh effing illuminati. Money, Power, Respect. Pergi mampos lah.


Orang yang tak bodoh, even dia duit banyak pun, tak hina orang yang takda duit ni. Dan biasanya, orang yang takda duit ni, kaya budi bahasa dia. 


Aku pun taktau apa yang aku cakap. Macam biasalah kan.


Dihina kerana takda duit. Takpa. Nanti kalau kau mampos nanti kau tanam kau punya rumah, kereta, duit, akaun bank, KWSP, personal loan, saham saham dengan kau sekali. Boleh?


Aku memang mintak sangat jadi macam tu. Dah mintak kat tuhan bagi kau hidayah, 7 tahun dulu, sampai sekarang takda hasil pun.


Aku tak salahkan tuhan. Tidak sama sekali. Tapi sebab makan masa TUJUH tahun, jadi aku fikir tuhan memang tak bagi hidayah kat kau. Aku fikirlah.


TUJUH tahun.


Umur aku 18. Jadi? Apa nak jadi, jadilah. Aku tak berhak nak menolong kau. Sebab lagak kau yang konon liberal. Liberal apa kalau hutang keliling pinggang? Mewah memang mewah, tapi hutang tetap hutang. Langsaikan.


Ingat. Masa masuk kubur nanti, bawak duit kau tau. Tu lah saham kau kat akhirat. Yang dah tentu bankrap. Crap.



Friday, February 11

Blog To Express Your Feelings, Not To Impress Others, Bollocks.

We say something for ourselves, we say something for our rights, and we say something for nothing, sometimes.


I do not whine when things are going out of hand. I just need time to re-adjust my brain to a higher limit. Because problems cannot be solved by the same level of thinking that created them.


To be wise, is so much harder than to be smart. You are given two things. Knowledge and wisdom. These two are different things.


At first, I thought, both are good for me. Yes they are. 


But have importances, but which between these two things we have to make it more "important"?


Let me say, wisdom is for your heart. Knowledge is for you brain. We can train our minds, but not any of us can train our lust, which comes from our heart.


God told you to be wise. Because everybody can be smart. But not anybody can train their heart to be wise. 


So? Come on, have a clue a bit lah. Seek wisdom. Always.

Benda Yang Selalu Dibincang Bersama Kawan

Aku dengan kawan aku, Zhafri, memang ada macam 6th sense. Bukan band tu harap maklum.


Lepas aku habis kerja, aku pergi MidValley. orang tak berduit kan lepak The Gardens? Betul baru keluar stesen MidV, ada seorang kaputoe call.


Yea betul. Nama dia Zhafri. 


"Kau kat mana weyh?" dengan takda salam. Sangat rude.

"Aku baru sampai MidV ni. Kau kat mana pulak tiba tiba call aku ni?"

"Aku baru balik dari MidV lah."

"Oh, ingatkan kau ada kat sini." Aku memang selalu kena tipu dengan dia. Dan rakan rakan lain. Diktator.

"Kau ni memang bodoh lah, senang sangat percaya. Aku kat MidV lah ni."

"Lah, lain kali cakap lah siang siang." Penyataan membela diri.

"Aku tunggu depan kedai Quiksilver."


Lepas tu aku keluar tren tersenyum. Sial punya kawan. Lagu Thunderstruck berbunyi. Aku angkat, *maklumlah, orang takda kredit* 


"Kau kat mana?" Sekali lagi, takda salam.

"Aku lost weyh, excited sangat. Kau kat mana?"

"Kau tunggu kat centre court. Nanti aku jemput naik Evo 10." Ok aku tipu pasal  Evo 10 tu.

"Haaaa! Aku nampak kau!"


Maka berjumpalah sang kelebai bersama mak munah nya. Ok, bunyi sangat gay. SANGAT.


Jumpalah makhluk makhluk jenis pergi MidV tak bagitau. Contoh, Huzai, Akmal, Zhafri. Semua pussies, tak bagitau je. Ok tak, dieorang ada bagitau nak pergi Mid. Tapi dieorang tak bagitau dieorang tak balik lagi kat aku,


So salahkan mereka. Aku innocent.


Macam ni lah baru manusia. Kalau Melayu jangan cakaplah, lagi bangsat perangai dia. HAHA. Aku memang suka kutuk kutuk ni.


Aku macam biasalah, kalau dah lama tak jumpa member. Bising memanjang even penat tahap neraka punya diktator. Haihhhh.


So, diringkaskan. Huzaifah dan Akmal balik cepat sebab, well, tuntutan ibubapa. Aku dengan Zhafri menggunakan "kelonggaran" yang telah diberi oleh parents kami dengan sebaiknya.


That explains on why we almost missed the last train to Seremban from KL Central, and and, reached home by midnight.


p.s BonTon di Lot 10. Pergi MidValley mana sampai KL Central. So, mana kami pergi?


Chill di BonTon saja buuu. Hahaha. :)

Thursday, February 10

Kemunculan Di Masjid Darul Ehsan

Al-Faqir Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki. Aku tak obses. Aku salute dia tinggi tinggi.

Aku memang jahil. Aku tak tipu. Biasalah manusia, bila dah jahil, jangan jadi bodoh. Pergi belajar. Belajar. Dan balajar lagi. Orang yang jahil tapi taknak belajar, orang bodoh sombong.

Sombong tu sifat tuhan, salah kalau kita ada sombong. Sebab apa? Kita tak layak nak sombong dengan orang. Sebab semua yang kita sombong kan tu, milik tuhan. Bukan kita.

Ingat tu. Setiap masa.

Belajar ni enjoy. Enjoy masa belajar. Here's the proves.

Yang belakang tu My Abah Sayang. Cool kan dia?


Ini My Ibu Sayang. Dia sangat cool. And an annoying brother. = ="


Saya akan menjadi sheikh generasi baru!

Ada nampak muka stress? Sebab tu aku tak suka belajar subjek yang ada kat sekolah. Fin.

Monday, February 7

Kebangangan Teramat

Saya telah di jemput oleh seorang entahsapanamadia, kat page PERGI AMBIL RESULT SPM 2011.

Some posts like..

"emm . tkowt ar nak amek . .soh pak cik kebun tlg smpan dlu bley an. . hee ~ .

"emmmmmmmmmm"

"gle la..tkt ak nk amk result..cmpn je kt ckgu leh ke?hahah"

"hrap aq dpat gud result lar...huhuhuhu"

"wkakaka...lama ag 2ue,tkut jgalha.."

"Hadir lewat sedikit"

"asa mlaz jew nk p amik..."

"adoi ta lme ag jew ....tkt nye nk amekk .."


Aku tau. Mereka mereka semua patut tengok video IniAnwarHadi. Dan aku memang saja je letak banyak banyak sebab nak sakitkan hati korang, membaca tahi macam ni.

DAMN! Ada tahi kat blog aku. F**k those mother effers. 

Sunday, February 6

Taman Cabaran Putrajaya

Mestilah kena beritahu jugak. Aduh. Tak faham faham.

Mulanya, aku dengan Zhaf (kami) di ajak oleh Muhd Firdaus Izwan, Abang Bob The Builder, untuk cycling. We have no idea until he told us that it is an off-road cycling.


Talking about going excruciating uphill and cooling downhill eh? Mannnn.


Masa otw dalam kereta baru diberitahu. Masing masing dalam hati menyumpah kepada Abang Bob The Builder.Kalau tahu awal awal memang tak pergi lah alamatnya. 

Dan masa tu jugalah beliau berkata kata, "Kalau korang tak muntah, kami salute korang for beginners."

Sampai PCP, sewa basikal, sebab kami orang miskin takda basikal mahal sendiri. T.T

Abang Serious Sam dan Abang Ikan Iloi amik trek merah. That is the most exhausting and excruciating trek FOR BEGINNERS AND AMATEUR. Daymn.


Cubalah kalau tak percaya.


Mula mula downhill, pehh best. Lepas tu ambik kau. Hanettt punya uphill. Masa naik tu jugalah, Abang Serious Sam tunggu kami kat depan. 


"Kamu tahu apa tu MTB?"

Aku ingat Maktab Tentera Berbasikal.

"Taktau lah bang. Apa benda tu?"

"Moh Tolak Basikal. Kamulah tu."


Aku senyum. Dalam hati, cibet punya abang. Hahahaha. Haa, ada banyak bukit dekat Taman Cabaran ni. Ada Bukit Nasrul. Bukit Zul, Bukit Zahid, Bukit Zhafri, dan Bukit Zhafri (2).

Bukit ni dinamakan sempena TEMPAT KAMI JATUH. Jadi, kalau nama dia ada dua, maknanya di jatuh dua kali. Haha.

Last trek, downhill, best, adrenaline rush. Terbaik dari bendang. Topsoil. Aku pun taktau nak puji macam mana lagi. Aku suka downhill. Dan mungkin juga Dunhill. Marlboro adalah juara saya.

Tapi lepas ni kalau ada orang ajak pergi PCP, aku dengan tak semena mena, menerima. Ohyessss.

p.s KAMI TAK MUNTAH. MENJERIT KEPENATAN JE BANYAK. 

Friday, February 4

Deym Mayn

Sakit. Sangat. Macam mana nak kurangkan sakit kalau sakit tu memang evidently nampak kat muka kau?
Bukan sakit hati. Ini sakit.

Aku tak pandai nak berkata kata kalau sakit ni, lagi lagi kalau teruk macam ni. Aku merepek je. Layankan je lah, boleh? Dah puas? Pergi blah.

Whilst being sick, I'm used to have support system. But now I don't. I can make it on my own. Tengok aksi tak aksi aku masa sakit. Sombong gila.

"Padanlah muka kau. Nak sangat tempuh sorang sorang? Amik."

"Hahaha. Aku tak susahkan kau. Aku sakit pun bukan sebab kau, kau kalau menolong pun, boleh lah bising. Kalau tak, baik blah sahaja. Menyusahkan orang lagi ada lah."

Papppp! Sebijik kat muka dia. Kan dah kena. Serves u right lah mulut cabai. 

Aksi masa sakit memang selalu meyakitkan hati orang sekeliling aku. 

#6

Kan best kalau masa susah aku ada kawan kawan yang teman. Papa dah takda. Mama pulak, memang datang hari hari but she just can't keeps me company all the time.

Memang best kalau ada kawan kawan. Orang lain dalam wad ni, aku tengok, semua terminal macam aku je. Tapi aku pula yang paling bright kat sini. Yang lain macam dead-for-sure ones je. Aku pun termasuk lah tu.

Macam mana lah kan, kat sana nanti. Aku takut, sebab aku tak bersedia nak hadap semua ni. 

Dearest God, gives me strength, will power, and readiness. Forgive me for I have sinned.

Kan Aku Cakap, Takguna

Tak guna kau tuntut ilmu banyak banyak kalau kau takfaham, lagi elok kalau kau fahamkan satu ilmu yang kau belajar tu, then baru tuntut yang lain. Kan?

Aku rimas tengok kau tak betul je. Sepanjang masa. Lepas tu bising kat aku. Apa yang aku suruh kau taknak buat. Susah lah macam tu. Dan lagi menyusahkan hidup aku.

Manusia ni kalau nak senand, dia nak goyangkan kaki je dalam hidup dia. Dan kalau nak lagi power, dia tak buat apa apa. Malas. Macam aku.

Manusia, biasalah. Susah nak bersyukur. Lagi lagi yang tak percaya tuhan. Lagi. Susah. Dekat. Sana. Nanti.

Bukan aku yang cakap Makhluk mulia yang cakap. Aku ni tak mulia sangat. Mulia pun sebab ada makhluk mulia. 

Aku memang takdapat nak letak nama makhluk yang mulia tu sebab hak dan batil tak boleh dicampur adukkan. Siapa cakap boleh? Bagitahu aku. Meh sini aku piat telinga sampai putus.

Hari ni, aku rasa taknak buat apa apa. Nak duduk diam. Sampai kena bising. Haha. 


Best kan? Please say yes, please.



Thursday, February 3

Dah Puas?

Bangsat. Tu yang keluar dari mulut Adam tadi.

Dikeluarkan kotak warna hijau hitam, kelua sebatang benda durjana yang ada 4000 kimia yang merbahaya. Masih lagi disedut asap asap.Bodoh lagi dia dari anak kecik yang belajar di tadika.

Disumbat pula ke telinga Diddy Beats yang di tempah dari Amerika. Jalan keluar pergi ke kedai tomyam berhampiran untuk berjumpa dengan kawan kawan. Itulah rendezvous point bagi mereka, untuk berjogging malam ni.

Datang dua tiga orang perempuan lalu duduk di meja dia.

"U dari mana?"

"Eh? Bukan kita janji nak jogging sama sama ke?"

"Kot yea pun, takkan I sorang je lelaki. Fit mana?"

"Dia tak deal dengan kita orang pun"

Sial. Dia mencarut lagi. Aku dah call dan dia pun dah confirm. Takkan tak dapat datang last last minute kot. Monolog Adam lah ni.

Tiba tiba telefon dia berbunyi.

"Bro, aku takdapat datang"

Kata kata keramat dari Fit membuatkan Adam naik angin.

"Sabrina, I takdapat join sekali. Fit takda. Takda company ni. Susah.

"Lah? And we came all the way from Bangi for nothing? It's midnight for heaven's sake"

"Yes"

Itu je yang aku nak cerita sebenarnya. Biasakan diri anda dikecewakan. Lama lama nanti dah lali. So lepas tu kalau dikecewakan lagi, dah takda hal. Serius aku cakap.

Bangsat. Itu jugalah perkataan terakhir yang keluar dari mulut Adam.

Power And Peace

With power, you can't always get pursuit peace. But with peace, one can have power.

Wednesday, February 2

Jalan Jalan

Bila dah asyik kena marah dengan bos sebab orang lain punya pasal. Aku keluar, sampai malam. Kamera company aku bawak. Lantak lah.

Tak best bila kena marah pasal orang lain ni.Sangat tak best. Sapa yang cakap best tu sila beritahu aku. Jumpa aku. Biar aku bising kat dia dan lepas tu cakap "Saja je bising tadi, bukan pasal kau pun"

Camak.

Tak jalan jauh pun. Dari Nilai pergi KLCC je. Haa, tak jauh. Dekat je aku rasa. Marah punya pasal. On the spot sampai. 

Macam biasa, kalau panas, we have to cool down first. Kalau tak, semua orang nak di camakkan. Baru serves you right. Haa. Kerja melepak je lah buang masa kat KLCC. Sengih sengih kat strangers sebab amik portraiture mereka mereka. Kurang ajar jugak lah.

Itu je yang buat aku sedap hati. Haha. Bukan nak pergi solat ke apa, buang masa. I am good at wasting time. Sangat.



Jap, ni bukan gambar yang aku tangkap. Harap maklum.



Ni baru betul.



Yea, aku keluar sampai malam. Nak cool down ingat senang ke? Aku tak marah. Just a bit down. Fin.

P.s Pakai wide lens. Babi.

Tuesday, February 1

It's February And Safar Will Be Gone Soon. Ohh.

Time flies so effing quick these days. Haih. And I'm not keeping my pace up. Shit.

So what did I missed from January?
  1. My sleeping time. *that's for sure.
  2. Spending my time with my family. Ohyes.
  3. My online time. Dammit.
  4. It is all about time.
  5. Ohyeah, and I nearly kill a man.
  6. Oh yess I did.
  7. He's in a coma. 
  8. *grin*
  9. STILL in a coma.
  10. I guess that's all.
Haa, this is what I did on January. Maybe, There are more but I cab't recall. Damn brain. I kept forgetting. I kept forgetting how happy I am before. How bright I am before. How, I am a good advisor. How that, how this. Man I missed them.


About dreamfacesstudio

dreamfacesstudio ni, kawan aku punya business. Well, it offers photography and videography packages. 

Dapat dari brother Syed Mughni, Ni link kepada dreamfecesstudio. Jangan tak klik. Aku bunuh karang. Sial.


Tak nampak jugak?





Kalau korang tak nampak jugak aku taktau lah. Perangai memang macam siot je. :)