BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 25

Cerita Cikgu Dan Murid


Adam merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang baru saja graduate dari Universiti Sekian Sekian. Uni ni memang terkenal dengan ketidakpastian-nya. Sangat terkenal sampai dapat world recognition punya title. Pehhhh.


Jadi, selepas Adam grad, dia ditempatkan di SK JALAN SATU HALA, Seksyen 87, Maryland. Banyak sangat partition taman sampai ada nama JALAN SATU HALA. Dia mengajar kelas yang sedang sedang. Murid murid yang nakal tu biasalah. Adam pun akui diri dia dulu nakal.


Sangat nakal.


4 bulan kemudian, selepas ujian pertengahan tahun, murid murid Adam semua excellent dalam pelajaran. Murid yang mendapat perhatian Adam adalah Afiq, Luqman, dan Sarah. Oh lupa, mereka semua darjah dua. 


Satu hari, Adam terperasan bahawa leher Afiq bengkak. Bengkak yang memang lain macam punya bengkak. Adam mengenalpasti yang bengkak itu adalah kesan rotan. Tempat yang pelik untuk merotan budak berumur 8 tahun.


Untuk tahu lebih lanjut, Adam bertanya kepada Afiq, tetapi Afiq menafikan semua andaian Adam. Adam mula mencurigai keadaan Afiq dan orang tuanya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Afiq tidak hadir ke sekolah selama seminggu.


Adam menyiasat dengan lebih lanjut kerana rasa ingin tahu yang maksima. MAKSIMA. MAKSIMA. Ok dah cukup kot aku rasa.


Adam tunggu didepan pintu rumah Afiq. Dia nekad, kali ini biarlah dia tahu segala benda yang cuba disorokkan Afiq. Rasa ingan tahu dia bagaikan membunuh. Dia tidak dapat berfikir dengan lurus kerana risaukan anak salah satu anak muridnya yang cemerlang itu.


Apa yang dilihat dengan kedua matanya tidak dapat dipercayai. Dia melihat Afiq baru balik ke rumah dengan membawa beg galas yang penuh. Dia meneka mungkin di dalam beg tu ada banyak baju. Yea, dia meneka Afiq melarikan diri daripada rumah. Tapi kenapa?


Masuk saja Afiq ke dalam pagar rumahnya, seorang lelaki yang tidak dikenali adam keluar bersama sebatang kayu. Disyaki adalah ayahnya.


"Takut makkk nokkk!" Adam bermonolog seorang. Dia bukan pengecut. Lalu di keluar dari kereta sport 4WD turbo *konon* lalu...


Dia mendengar perbualan Afiq dan ayahnya.


"Kau hilang ke mana? Kecil kecil lagi dah pandai lari dari rumah!"

"Uncle, mintak maaf, Afiq tak sanggup uncle. Kena pukul hari hari. Dengar cakap uncle yang takboleh nak ikut tu"

Adam terkejut. Itu bukan bapanya, mungkin makhluk asing bagi Afiq, mungkin juga teman lelaki emaknya. Lalu lelaki yang dikenali sebagai "uncle" itu menghayunkan kayunya sambil mengherdik..

"Berani kau kurang ajar dengan aku yea anak setann!? Sini kau."


Adam leka seketika kerana sibuk dengan andaian tak gunanya itu. Tanpa membuang detik, dia berlari, lalu memeluk Afiq. PAP! Kayu setebal satu setengah inci itu hinggap di badannya.


Akan bersambung.... :D
Suspens kan?

Klik sini untuk baca Bahagian Dua

2 comments:

Aneeza Tajudin said...

kesian gila ouhh

zotzawson said...

Haha. Fiksi je. Aku suka buat cerita sedih sedih ni.