BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 25

Cerita Cikgu Dan Murid #2

Sambungan dari episod sebelumnya...

"Adam leka seketika kerana sibuk dengan andaian tak gunanya itu. Tanpa membuang detik, dia berlari, lalu memeluk Afiq. PAP! Kayu setebal satu setengah inci itu hinggap di badannya."


Adam mengaduh kesakitan, tetapi setelah memastikan bahawa "aduh!" dia tidak didengari, baru dia mengaduh, faham? Putar sikit, sikittttttt je pun.


Belakang badannya dirasakan sakit. Belum pernah kayu sebesar itu melibas badannya yang agak agak kurang vitamin dan khasiat. Agak je lah. Dia melihat dari ekor matanya bahawa orang yang dikenali sebagai "uncle" itu seolah olah terkejut dengan kehadirannya.


"Macam main map-hack pulak, dari mana mana je dia keluar." Kata makhluk asing itu. =="


Adam berdiri menghadap makhluk laknat itu, yang sanggup memukul dan mendera anak kecil dengan tiada belas kasihan. Dia membuat muka bengis macam anjing bulldog tu. Ternyata jadi. Memang macam bulldog. Adam berkata dengan nada marah.


"Akan ku hapuskan kau dari muka bumi ini!"


Lalu beliau membuat aksi Ultraman mengalahkan raksasa. Terkesima makhluk asing tu dibuatnya. Adam mengambil kesempatan yang ada dengan menepuk kedua dua telinga makhluk asing itu. Dia mengaduh kesakitan lalu jatuh.


Adam memang orang yang tidak suka membuang tenaga. Nama characternya dalam Ragnarok Online adalah "OneHitSureDie" menyerlahkan lagi sifat Adam yang, yang macam diatas. 


Adam terus mendapatkan Afiq yang sedang menangis di belakangnya. Tanpa membuang masa, dia menghubungi polis untuk melaporkan kejadian yang baru sahaja berlaku di rumah itu.




Adam runsing apabila dia mendapati bahawa Afiq adalah anak yatim piatu dan makhluk asing yang cuba memukulnya adalah pakciknya sendiri. PAKCIK. Sanggup darah daging sendiri diperlakukan begitu.




Setelah fikir secara matang dan rasional, Adam membuat keputusan. Dia ingin menjaga Afiq. Menjaga anak yatim piatu mendapat besar ganjarannya daripada tuhan.




Setelah menyelesaikan laporan dan dokumen untuk menjadikan Afiq anak angkatnya, Adam membawa Afiq pergi mengenyangkan perut. Dia tahu bahawa Afiq sangat lapar, kerana dia pun lapar. Lebih kurang je. Melihat muka Afiq, sakit di badannya hilang. Disitu dia pasti bahawa dia membuat pilihan yang betul.




Blog dah buat hal. Macam macam hal lah! 
Akan bersambung kemudian. :D

Klik sini untuk baca Bahagian Satu :DD

No comments: