Ok, post ni aku nak tekankan, keadaan aku masa kejadian tu memang amat tak selesa sangat. Harap bahasa aku tak ekstrim mana lah.
Firstly, nak wish birthday kepapa Kak Linda sebab, well, memang birthday dia lah kan. Aku pelik kenapa orang ramai lahir pada Oktober. Lantaklah kan? Let it be.
So, sebagai suami yang bertanggungjawab, Awo pun buat lah makan makan sikit untuk isteri tercinta. Ina, kalau Ina baca ni, pastikan Kak Linda pun baca. Biar dia termuntah dengan ayat Ami. HAHA. Ok dah. SIAP ADA TULIS HUBYY KAT KEK. Bila masa entah Linda panggil Awo hubby. HAHA. Tapi takpa, Ami doakan korang semua.
Ceh, bajet ustaz je kau ni. Ingat, kau tu fucked up. Jangan cerita lebih.
Ok, the party was GREAT. But the afterparty was AWESOME. Aku bersama sepupu aku dan beberapa orang rakan pergi bershissha di Tasik Permaisuri yang penjual shishanya adalah kawan kami. Mereka terbaik.
Kau tengok shisha masyuk tak masyuk sampai perempuan pun test? HAHA. Ok, aku tengah masuk air macam air kat empangan tu. Kalau taktau empangan aku taktau lah kan.
Diringkaskan semua cerita ni sebab aku mengejar masa sekarang ni. On the way balik. Aku senyap sebab sakit. Ok, aku sakit lah Touchdick, or Michael, or Amat. Lahanat kau. HAHA. Ayie pesan jangan panggil Amat. Panggil Touchdick. Well, nama dia Tashdiq.
Aku dibahan masa aku sakit, pehh. Pedas sial. That was heavy stuff u are talking about. Tapi takpa, kau kawan aku and aku tak ambil hati sikit pun. Saja je nak buat post ni macam radikal sikit. Aku suka buat gimik. Sorry.
And masa atas highway nak pergi Seremban hantar Ajim, mereka membahan aku lagi. Peh, aku kesejukan dan sakit. Mereka taktau. Tiba tiba Amat cakap..
"Zahid, kenapa kau diam? Kalau tak dari tadi aku dengar suara kau je."
"Aku sejuk lah weh, malas nak bising je."
"Kau jerit lah sikit, bagi puas sikit hati kau tuu. "
"Kau nak dengar ke?"
FYI, dalam kereta Unser tu ada 6 orang. pukul 3 pagi. Agak ramai. Semua diam nak dengar aku jerit. Dan selepas galakan Touchdick, aku pun jerit..
"PUNTIANAK! MANA KAU!? AKU KAT SINI, MUNCULLAH KAU!"
Dan semua orang dalam kereta diam sampai Seremban, dan jugak masa balik. Bernas tak? Thanks Bang Zul.
No comments:
Post a Comment