BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 30

Rasa Malas

Oh yea. outline cerita cikgu dan murid tu dah ada. Internet pun dah ada kat rumah. Tapi rasa malas sikit sebab baru dapat interview jadi videographer.

Nervous bebb. Dulu jadi feelancer mana ada interview interview ni. Buat kerja, hantar artwork dan portfolio lepas tu ambil duit. Senang kan?

Masa aku tweet dengan Afiq, dia cakap dia duduk Semenyih. Siot. Bukan nak cakap awal awal. Haha. Kau balik dari Maryland nanti kita lepaklah. Lepas tu mungkin aku ikut kau. Cehhhhhhh!

Yang akhir tu takboleh blah kan? Biarlah.

Dan dan dan, Kak Bibah dapat pergi ke Konsert Maroon 5. Jealous, ==" Tiket jatuh dari langit katanya. Siap bagi aku jealous tu yang taktahan.

Pergil je lahh balik Kuantan tu! :p Hahaha. Btw, terima kasih temankan saya kat twitter pada masa bosan. Yea, memang sangat bosan. Ingat nak buat drama "seram lipat kain sama sama" Gahahaha.

Incubus dengan RHCP kalau datang memang kita pergi kakak. :DD


Saya nak dedikasikan lagu Kasihan by Hujan kepada semua followers saya. Uitceh! Tak menahannnnnnn!


Tak lupa, aku patut buat description kat blog aku macam kat Sarkasis ni.
"Saya mensarkakan diri sebelum mensarkakan orang lain"
"Sebarang kepanasan bontot, telinga atau hati yang tercarik carik adalah risiko sendiri" 

Wednesday, April 27

Sembilu Melaka / Malaya

Sebelum baca post ni, sila baca Entri Melaka dulu. Kalau nak lebih menarik lah. Kalau taknak takpa. nanti kalau takfaham, padan muka kau lah.

Ok aku keliru nak letak nama apa. Aku dengan abang aku bergaduh sebab aku nak letak Sembilu Malaya, dia nak letak Sembilu Melaka. Padahal Melaka dalam Malaya jugak. Aku takfaham lah dengan dia tu.


Kejadian ini berlaku di Dataran Pahlawan, sepertimana yang diberitahu oleh Zhafri. Kami bertiga sebagai perokok tegar telah melarikan diri daripada kawasan "Melaka Bebas Rokok : Kawasan Dilarang Merokok".


Sebab taknak kena saman. RM30 pulak tu. Haih.


Semasa berlepak lepak taktau nak pergi mana, mainly sebab mengantuk, because te night before kami berempat main snooker. 8 frame. Yea, lapan. LAPAN.


Ok, cerita bermula sekarang.


Kami ternampak seorang sepasang kekasih yang sedang bersandiwara. Dilihat sang jejaka sedang melutut meminta maaf sambil meletakkan tangannya di dada. SUNGGUH EPIK WACAKAPSAMALU.


Kami memerhati dengan sifat ingin tahu yang begitu mendalam. Semasa sang jejaka berkata kata, dilihat sang gadis pula menggeleng gelengkan kepalanya. Sambil menutup mukanya, macam Cik Asyikin Rahimi cakap. FACEPALM.


Jadi aku sebagai penonton yang berinovatif lagi baik, aku pandang ke arah berlainan, tepuk tangan dengan kuat, sambil menjerit. "TERUSKAN USAHA ANDA!"


Aku bukan jahat. Aku memberi semangat. Nak tahu berkessan ke tak, tunggu ending dia ok? 


Jadi, sang jejaka macam dengar aku cakap apa, darah remajanya membakar di dalam hati untuk mendapatkan sang gadis. Dia mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan gadis yang diidamkan itu.


Diringkaskan cerita, sang jejaka berjaya memujuk sang gadis yang amat susah didapati itu. Sang jejaka pun mengendong sang gadis untuk dibawa ke dalam kereta. Yes, dia dukung perempuan tu, kat public, amatlah malu bagi aku untuk tengok.


Tapi takpa, cerita ni akan jadi lebih epik. Sebelum dia sampai ke kereta Viva putih enjin taktau model apa tu, tibtiba ada seorang jejaka membawa Wira biru dan disyakki memiliki enjin 1.8 GSR. Menghalang sang jejaka untuk keluarkan keretanya.


Lelaki tersebut berjumpa sang jejaka menunjukkan beberapa dokumen. Sang jejaka seperti tidak percaya. Sang gadis pula yang baru sahaja terpesona dengan sang jejaka terus pergi ke sang jejaka lalu menampar - nampar sang jejaka itu.


Aku tahu aku pakai kata ulang. Dia tampar lelaki tu banyak kali beb. Aku rasa lebam jugaklah pipi dia.


Dan kalau korang takfaham lagi, ni aku cerita ending dia. KERETA LELAKI TU KENA TARIK SELEPAS BARU SAHAJA DIA MENGAYAT SANG GADIS. Sadis gila wehh. Kalau buat movie mesti dapt kutipan RM 8 juta seminggu.


Moral : Jangan jadi bodoh.

Entri Melaka.

Ok, semalam aku pergi Melaka, kononnya nak tolong cousin aku naik kapal, tapi, seperti biasa, dia tak bagi, so aku jalan jalan lah dengan abang aku dan Zhafri.


Plan nak melawat lah, dan aku pulak memang pandai lupa bagitau sapa sapa yang aku pergi Melaka. Mula mula nak pergi jumpa Cik Mewraa Supermanis, pergi tempat kerja dia, kawan dia cakap dia amik cuti hari tu. Yes, I'm talking about a bad timing. Haha


Lepas tu pergi sekolah St. David, Zhafri nak amik buku rekod dia. Dan jumpa, Putri tak silap aku. Sapa sapa je lah kan. Dan dua dua takda. Buku rekod lesap, dan tak jumpa Putri.


Masa takda kerja tuu, tibatiba rasa nak kacau seorang pekerja Madam Kings. Haha. So kkami pun pergi Madam Kings. Jumpa lah 2 orang pekerja yang sangat tidak berdisiplin kerana melayan karenah kami bertiga. Haha. Yeah, orang tu adalah AqilienGendut dan pakwenya Aniff. 


Haha. Aniff boleh tahan sporting tapi dia nervous jumpa aku. Aku takfaham kenapa. 


Masa lepak kat DP, kiteorang dapat tengok drama Sembilu Melaka. Haha. Nanti aku cerita macam mana jalan ceritanya.


Minta maaf kepada orang Melaka sebab aku agak kurang ajar. Sebab masa mula mula sampai Melaka, aku jerit, "Melaka bau lipas!" Sorry.


Lain kali kalau aku pergi Melaka aku inform awal awal ok? Qila, pendek sudah kamu yea. Hahaha. :p

Monday, April 25

Cerita Cikgu Dan Murid #2

Sambungan dari episod sebelumnya...

"Adam leka seketika kerana sibuk dengan andaian tak gunanya itu. Tanpa membuang detik, dia berlari, lalu memeluk Afiq. PAP! Kayu setebal satu setengah inci itu hinggap di badannya."


Adam mengaduh kesakitan, tetapi setelah memastikan bahawa "aduh!" dia tidak didengari, baru dia mengaduh, faham? Putar sikit, sikittttttt je pun.


Belakang badannya dirasakan sakit. Belum pernah kayu sebesar itu melibas badannya yang agak agak kurang vitamin dan khasiat. Agak je lah. Dia melihat dari ekor matanya bahawa orang yang dikenali sebagai "uncle" itu seolah olah terkejut dengan kehadirannya.


"Macam main map-hack pulak, dari mana mana je dia keluar." Kata makhluk asing itu. =="


Adam berdiri menghadap makhluk laknat itu, yang sanggup memukul dan mendera anak kecil dengan tiada belas kasihan. Dia membuat muka bengis macam anjing bulldog tu. Ternyata jadi. Memang macam bulldog. Adam berkata dengan nada marah.


"Akan ku hapuskan kau dari muka bumi ini!"


Lalu beliau membuat aksi Ultraman mengalahkan raksasa. Terkesima makhluk asing tu dibuatnya. Adam mengambil kesempatan yang ada dengan menepuk kedua dua telinga makhluk asing itu. Dia mengaduh kesakitan lalu jatuh.


Adam memang orang yang tidak suka membuang tenaga. Nama characternya dalam Ragnarok Online adalah "OneHitSureDie" menyerlahkan lagi sifat Adam yang, yang macam diatas. 


Adam terus mendapatkan Afiq yang sedang menangis di belakangnya. Tanpa membuang masa, dia menghubungi polis untuk melaporkan kejadian yang baru sahaja berlaku di rumah itu.




Adam runsing apabila dia mendapati bahawa Afiq adalah anak yatim piatu dan makhluk asing yang cuba memukulnya adalah pakciknya sendiri. PAKCIK. Sanggup darah daging sendiri diperlakukan begitu.




Setelah fikir secara matang dan rasional, Adam membuat keputusan. Dia ingin menjaga Afiq. Menjaga anak yatim piatu mendapat besar ganjarannya daripada tuhan.




Setelah menyelesaikan laporan dan dokumen untuk menjadikan Afiq anak angkatnya, Adam membawa Afiq pergi mengenyangkan perut. Dia tahu bahawa Afiq sangat lapar, kerana dia pun lapar. Lebih kurang je. Melihat muka Afiq, sakit di badannya hilang. Disitu dia pasti bahawa dia membuat pilihan yang betul.




Blog dah buat hal. Macam macam hal lah! 
Akan bersambung kemudian. :D

Klik sini untuk baca Bahagian Satu :DD

Cerita Cikgu Dan Murid


Adam merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang baru saja graduate dari Universiti Sekian Sekian. Uni ni memang terkenal dengan ketidakpastian-nya. Sangat terkenal sampai dapat world recognition punya title. Pehhhh.


Jadi, selepas Adam grad, dia ditempatkan di SK JALAN SATU HALA, Seksyen 87, Maryland. Banyak sangat partition taman sampai ada nama JALAN SATU HALA. Dia mengajar kelas yang sedang sedang. Murid murid yang nakal tu biasalah. Adam pun akui diri dia dulu nakal.


Sangat nakal.


4 bulan kemudian, selepas ujian pertengahan tahun, murid murid Adam semua excellent dalam pelajaran. Murid yang mendapat perhatian Adam adalah Afiq, Luqman, dan Sarah. Oh lupa, mereka semua darjah dua. 


Satu hari, Adam terperasan bahawa leher Afiq bengkak. Bengkak yang memang lain macam punya bengkak. Adam mengenalpasti yang bengkak itu adalah kesan rotan. Tempat yang pelik untuk merotan budak berumur 8 tahun.


Untuk tahu lebih lanjut, Adam bertanya kepada Afiq, tetapi Afiq menafikan semua andaian Adam. Adam mula mencurigai keadaan Afiq dan orang tuanya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Afiq tidak hadir ke sekolah selama seminggu.


Adam menyiasat dengan lebih lanjut kerana rasa ingin tahu yang maksima. MAKSIMA. MAKSIMA. Ok dah cukup kot aku rasa.


Adam tunggu didepan pintu rumah Afiq. Dia nekad, kali ini biarlah dia tahu segala benda yang cuba disorokkan Afiq. Rasa ingan tahu dia bagaikan membunuh. Dia tidak dapat berfikir dengan lurus kerana risaukan anak salah satu anak muridnya yang cemerlang itu.


Apa yang dilihat dengan kedua matanya tidak dapat dipercayai. Dia melihat Afiq baru balik ke rumah dengan membawa beg galas yang penuh. Dia meneka mungkin di dalam beg tu ada banyak baju. Yea, dia meneka Afiq melarikan diri daripada rumah. Tapi kenapa?


Masuk saja Afiq ke dalam pagar rumahnya, seorang lelaki yang tidak dikenali adam keluar bersama sebatang kayu. Disyaki adalah ayahnya.


"Takut makkk nokkk!" Adam bermonolog seorang. Dia bukan pengecut. Lalu di keluar dari kereta sport 4WD turbo *konon* lalu...


Dia mendengar perbualan Afiq dan ayahnya.


"Kau hilang ke mana? Kecil kecil lagi dah pandai lari dari rumah!"

"Uncle, mintak maaf, Afiq tak sanggup uncle. Kena pukul hari hari. Dengar cakap uncle yang takboleh nak ikut tu"

Adam terkejut. Itu bukan bapanya, mungkin makhluk asing bagi Afiq, mungkin juga teman lelaki emaknya. Lalu lelaki yang dikenali sebagai "uncle" itu menghayunkan kayunya sambil mengherdik..

"Berani kau kurang ajar dengan aku yea anak setann!? Sini kau."


Adam leka seketika kerana sibuk dengan andaian tak gunanya itu. Tanpa membuang detik, dia berlari, lalu memeluk Afiq. PAP! Kayu setebal satu setengah inci itu hinggap di badannya.


Akan bersambung.... :D
Suspens kan?

Klik sini untuk baca Bahagian Dua

Wednesday, April 20

Ini Lahabau Namanya

Ini cerita lepas ambil keputusan SPM. Yea, tak lama.


So, keputusan aku agak cantik. Aku tak harap keputusan aku secantik tu, tapi agak lah kan. Semua ada, A sampai G. Aku bolot semua. All in. Tamak? Memang. Satu sahaja G. Yang lain lulus. Cantik lah tu kan?


Masa tengah lepak chillax kat sebuah kedai yang terkenal. Adalah seorang makhluk tuhan ni. Dia cakap kat aku.



"Kenapa kau taknak pergi cari kerja huh? Takut sangat cari kerja, takut kena rogol masa tengah naik bas? Aku taktau lah apa nak jadi kat kau ni"


Aku diam. Dia sambung lagi.



"Cubalah bawak tolong mak bapak kamu tu. Tak rasa susah ke?"



Aku bidas sekali.



"Kamu kalau cakap dunia boleh lah menang. Jom cakap akhirat? Nak? Kamu kena ingat anak kamu tu kecil lagi. Saya bukan doakan, tapi mana tahu, jadi lagi teruk? Semua ni kerja Tuhan."



Dia diam. Terus masuk kereta dan balik.


Petang tu, ada seorang lagi makhluk tuhan yang sangat berakal. Akal dia takdalah panjang mana. Akal umur budak 17 tahun ni lagi panjang. Bukan nak cakap besaq.

Oh sebelum tu, aku punya PAI dapat B+. Yea, aku cukup bodoh sebenarnya. Jadi makhluk tuhan tu cakap lah macam ni...



"Kata pergi Rembau tiap tiap minggu belajar, tapi agama dapat B+, apa daaa"



Aku bab bab ni yang aku taktahan ni. Spontan keluar kat mulut aku.



"Yelah, kita bukan tak pandai macam kamu, ADA PHD. Keputusan ni rezeki saya, saya dapat duit dari nenek, cousin saya dapat 8A's to 10A's  tu kenapa takdapat apa apa? Boleh terangkan keadaan macam tu?"



Dia diam. Aku taktau apa kelulusan dia, tapi yang aku tahu dia tak ada PHD. 


Untuk menyokong lagi kenyataan aku. Aku bukan tak kerja. Sometimes sampai setengah mati sebab bos perangai tak semenggah. Dia cakap macam tu sebab dia dah lama tak jumpa aku dan taktau aku buat apa for a living. Dah seminggu berhenti.


Yea memang tiap tiap minggu aku akan ke Rembau. Dah memang rezeki aku takdapat A, nak buat macam mana kan? Redha je lah.


Rezeki tuhan yang turunkan. Dari dunialah kau nak beramal unutk akhirat. Tapi kat dunialah kau senang terleka. Sebab tu kau cakap macam tu kat aku.


Kau cakap aku pengecut sebab aku jawab duit tu jatuh dari langit. Tuhan yang turunkan.


Beza aku dengan kau, pegangan.

Monday, April 18

Cemerlang

Yea aku dah ambil keputusan. It is way better than I had hoped for. Serious.

Aqila Niece-Gendut, your uncle tahu bersyukur. Terima kasih. :)


Teenage has a little problem with their "developing brain" which they think, when something bad happen, they felt like it is the end of the world.

But heck, it is just the beginning. Stay healthy guys. :D 

So Here's A Thing *Entry Marah*

Bullshit , does happens sometimes. But to me, bullshit happens all the time. And who cares, right? Biarlah benda buruk jadi kat aku.


Aku bukan cakap besaq. Aku bukan orang yang suka tanggung semua benda sendiri - sendiri. Tapi aku nak buat macam mana kan? Kalau aku tak tanggung sendiri, siapa yang nak tanggungkan, betul? Jangan cakap salah.


Sebab kalau kau sendiri takda usaha nak baikkan diri kau nak ubahkan diri kau, siapa lagi yang boleh? All you need is a support system, to help you, to remind you that you have to change, not immediately, not eventually, but in time.


People said, it is better late than never. Tapi orang yang lambat tergolong dalam kalangan orang orang yang rugi. Memang kalau aku tanya siapa yang nak jadi baik, tak semua yang angkat tangan.


Tapi siapa nak jadi orang yang rugi? Orang berniaga pun nak untung. Kan? Tell me, siapa yang nak rugi.


Jadi, aku dah nekad nak ambil keputusan SPM aku esok. Atau hari ini. Pagi nanti. Iyea, dalam blog ni dah banyak kali aku beritahu, aku masih belum ambil aku punya keputusan SPM.


Sebab banyak sangat kerja, konon, dan malas nak ambil. Sebab malas? Jangan tanya. Aku boleh bagi seribu sebab. Dengan jawapan yang sama. Malas.

Sunday, April 17

Musim

Hati Hawa bagai disentap apabila mengetahui bahawa dia menghidap penyakit terminal, bone cancer. Barah tulang.

Lebih kurang lah tuu.


Seperti manusia manusia biasa yang lain, yang menghidap penyakit terminal, dia hiba. Tiba tiba dunia dia dirasakan gelap. Dia taktau nak buat apa. Benda yang difikirkannya sekarang adalah mengapa dirinya diperlakukan sebegini oleh Tuhan Yang Esa?

Seminggu lebih dia berkurung di dalam bilik, keluarganya tidak tahu menahu akan penyakitnya yang tenat itu. Dia membuat keputusan untuk memberitahu teman rapatnya.

Yea, korang dah boleh agak, Adam lah teman rapat Hawa. Nak siapa lagi =="

Dengan Adam dia cuba memberitahu segalanya. Tetapi reaksi Adam pelik.


"Adam, saya telah menghidap kanser tulang yang kronik" Ayat nak tragis tak habis je.

"Oh, so, how are you feeling right now?" Adam ni bajet English dia power, tapi dia taktau yang Hawa ni "OFFENDED" sebab dia cakap in English.

"Miserab- no. More. It's the worst feeling for a human being."

"That's quite an improvement. Jangan menghukum Tuhan atas apa yang terjadi kat awak. Meet me at pondok biasa kita lepak tu, ok?"

"Ok. But do you mean now?"

"Then when? Hurry up."


Sejam kemudian, mereka berjumpa lah kat pondok mistikal yang Adam cakapkan tu. Sebuah pondok kecil di tepi taman tema air. Aku tau, tak logik. Tapi tu yang terkeluar. Malas aku nak check balik.


"Jadi, sejak bila dapat tahu yang kamu sakit kronik?"

"Dah seminggu."

"Oh, so your family dah tau ke belum ni?"

"Belum."

"You must tell your families first kalau berkaitan dengan hal hal yang macam ni. Ni bukan benda yang boleh ambil pusing."

"Kau apa tahu? Bukan kau yang ada penyakit ni. Bukan kau yang kena hadap semua derita sakit aku ni. Bukan kau yang kena pergi hospital tiap tiap hari sebab nak buat checkup!"


Tiba tiba Hawa melenting selepas dinasihatkan sebegitu.


"Ok, itu yang kamu kata betul. Ada betulnya. Ikut saya boleh? I wanna convince you that miracle can happen. To normal people. Like you." Adam senyum penuh makna.

Tanpa melengahkan masa, Adam membawa Hawa pergi ke tempat yang tidak asing lagi. Hospital yang selalu dikunjungi Hawa.


He wanted to show her how miracles can happen to people who have faith in God. Adam keluarkan sesuatu dari poketnya. Sehelai kertas.


"Baca."



Arahan mudah dari Adam kepada Hawa. 


Air mata Hawa jatuh. Dia tak percaya apa yang telah berlaku kepada Adam.


Surat 1.
"Hereby, we are very sorry to inform you, to declare that Mr. Adam bin Idris had been diagnosed for a terminal disease known as BRAIN TUMOR."


Surat 2 - dengan tulisan tangan =="
"Kanser otak dah takda! :)"


Pesan Adam kepada Hawa.
"Penyakit kronik ni, ia jika tidak boleh diubat, ianya boleh dikawal. Control your emotions. Control your feelings. Pray a lot. Sayang Tuhan dan Rasul. Pay it forward. The result? You will feel much better kawan."


The key is how, not why. Jangan persoalkan kenapa nasib kita buruk. Usahakan bagaimana nak mengatasi masalah. :D

Kampung

So, recent trip back to kampung was outrageous. Period.


After I decided to quit my job. For real. A trip balik kampung means no harm. I bet. I just went through 2 sleepless night. Yes, 2 of them.


Maintaining 120km/h saves me 30minutes. Or less. I guess. 


Dah puas aku bercakap, tiba tiba rasa susah nak converse and talk and type in English. Rojak rojak boleh lah kot.


Sampai kampung pada pukul 10 malam. Aku sedut udara luar. Udara bendang yang aku rindu selama ni. Puas. Dah puas melegakan otot otot yang tak rehat selama dua hari, aku keluarkan kotak hitam-hijau dari poket aku.


Bakar. Sedut. Hembus. Puas. Seharian aku tak hisap dadah. Dapat call dari Amir. Dia suruh aku datang kerja esok. Talian dimatikan selepas aku menyumpah seranah perangai dia yang sangat tak semenggah.


Aku pergi ke bangku kat tepi bendang tu. Cantik. Angin malam ni seronok untuk memancing. Tapi sikap aku yang malas nak cari katak, mematikan niat aku untuk memancing.


Kampung aku best. Sangat best. Cuma aku je kadang kadang malas nak keluar. Ok aku keluar pun sebab merokok. Sambil menikmati pemandangan lah. Rugi takda kamera. Boleh buat portfolio kampung.


Aku takdapat nak upload sebab internet agak "LAJU".


Click this link untuk tengok gambar gambar aku di kampung. :)


Jadi, kampung aku best. Kampung korang macam mana? Feel free to share OK? :DD

Tuesday, April 12

Terkejut? Sorry

It's in the middle of the night, well, literally, this night. I felt guilty.


Guilty because I've woken up my dear Sofia. Oh baby, sorry ok? I won't play guitar all night long again. But I will play it for you IF, you will act like a good girl, kan kan? :D


So obey my rules and stop messing with my instruments. Please sugar? Satu gitar dah habis hancur pasal kamu. Bulat oh bulat, mengapa engkau terlalu comel? CAKAP MACAM AKU PUNYA GITAR YANG HANCUR.


Ini profile Sofia : Seorang perempuan yang active, tak reti duduk diam dan selalu buat muka comel. Sedikit pelat. Menganggur. Rambut kerinting ikat satu dan, gigi yang cantik susunnya. Pipi tembam, suka spam spam gelak.


Gelak spam yang aku ajar tu. Aku yang kena balik. Mannn, payback's a bitch? No. Serves me right. Darn it.


Nak kenal Sofia? Ini lah Sofia.




Ok aku bergurau. Tapi aku harap tak kasar. Ni semua Hadi punya pasal. Atau abang dia. Aku pun tak pasti.
My Sofia is a two - years old. Tak percaya?

3B = Budak Bulat Bergerak.


Saturday, April 9

Peneman Dikala Sunyi. Sungguh Gay Bunyinya.

Aku kalau nak jiwang karat ni, sebenarnya tak berapa nak berkarat lah. Lagi lagi kat tempat awam macam BLOGGER KESAYANGAN aku ni. Lagilahhhhhhhhh.


Jadi special thanks to...


Ina Suka Tidur Masa Gelak :p Dia lah yang aku suka kacau dan yang agak dekat dengan aku. Ina, nak dengar satu cerita? Pada satu hari, hari tu hujan, ami pun terkena hujan. Lepas tu, *Ina sambung boleh?* Hahaha.


My Teddy Aqila Gemok Perasan Kiut sebab she mentioned me dalam post dia. Rasa terharu sampai nak tampar tampar pipi sendiri. ==" I'm so lame it hurts. Dan dia pergi Singapura tak ajak. Bertuah punya budakkkk.


My Sis Diana Yang Kurus Tapi, Agak Agak Masih Boleh Panggil Dia Gemok Tak? Link paling panjang. Aku tahu. She talks a lot about living a great life. And she gives me the idea to nurture my optimism. Diana, I agak lama dah tak online so posts u sebelum ni I kena KADHO baca lah yea? Please say no. ==" Ok jk. :)


Yuyu Asparagus Merah dia ni pulak, orang yang aku salurkan lawak lawak aku yang agak susah nak faham, tapi yang aku suka, dia tergelak. Maknanya dia faham. Bagus. Ayu cemerlang. Haha. Sharpen your mind kid, banyak lagi lawak yang kurang difahami orang. :)


Kakak Biba *Takboleh sebut 'h', Nanti Kena Bayar* Aku trauma sikit dengan kakak aku sorang ni. Hari tu aku ada mesej kat dia cakap "Kakak Bibahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" *Ni contoh ok? Jangan kira* :p Lepas tu dengan takda perasaan, dia cakap, "Satu 'h' saru ringgit"

Aku rasa dalam dompet aku adalah dalam 5 - 6 ringgit. Hutang boleh tak kakak? Hihihi. :D Aku suka writings dia, to be honest and frank. Sangat unik. Keep it up kakak. :)



Jadi ini sahaja bahagian perempuan. And here is the gents, ladies. *korang jangan tersinggung, aku memang suka ayat "ladies first" ni.



THE GUYS.


Zahir Power Libas Sagat Lutut aku baca blog dia ni, memang banyak idea gila yang masuk. Setakat ni lawak dia memang takpayah nak di improvise. Tepu, informatif, kelakar. Tu je. Selama aku hidup, gusi aku tak pernah sebasah ini bila aku baca blog dia.


Aqeel Bajet Jutawan Peniaga Air Berfrancais dia ni junior aku. Dan baru sahaja kalah dalam pertarungan antara aku dan dia kerana berebut Zooey. Dia sangat gila. Nak bukti? Tengok URL dia lah.


Detektif Sastera Hadi brother ni sangat, power, dalam menulis sampaikan aku, yang tak pernah jatuh kerusi sebab gelak, terjatuh. Kalau nak tahu, aku lah pemegang rekod dunia "penahan gelak atas kerusi" paling lama. Tapi trofi aku ditarik balik, sebab aku gelak dan terjatuh dari kerusi. 


Elmi Elmo *Sepertimana Yang Disukai Beliau* dia ni seangkatan dengan Afiq Siddhartha rasanya. Writings dia best. Aku suka. Each and everyone of us is unique in a way. And Elmi ada cara yang tersendiri untuk bercerita. Salute bro. :)

Btw, aku dah hilang link Afiq, someone please help me get it back.


Afiq supposed to be the first one sebab aku rasa, dia lah blogger lelaki pertama yang aku follow. His writings, takpayah cakap. Aku salute tinggi.


Ini je kot. Btw aku suka semua orang yang aku follow tapi, kadang kadang tu, ada jugak blog yang dah tak wujud. Sayang gila wehhh. 


Good Morning everyone. Especially both of you. :D Yang masuk dua beradik dalam blog ni. Haha


Malam Sabtu

Kalau nak tahu lah kan. Kena marah tanpa sebab ni kadang kadang best juga.


Sebab lepas tu aku akan berkurung, depressed, habiskan masa baca buku dan lain lain. Sangat bernas bukan? Jangan cakap aku taktidur sebab tu.


Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. Ada sebab lain. 


Banyak sebab kan? Lepas tu aku dah takboleh nak ceritalah kan. :)

Selamat pagi Nurul Iman. I <3 U

*Nurul Iman adalah watak dalam satu novel*

Aku berada dalam alam fantasi. Jangan kacau. :D

Faham Dah, Faham Dah,

Cair tahi telinga si beruk seekor bila mendengar emaknya berleter tentang keputusan SPM dia. Yang masih belum diambil.


Bukan berleter, tapi sebagai peringatan. Beruk seekor ni pun, kadang kadang dia lupa yang dia masih belum submit portfolio yang patut dihantar. Masa dia kat JB. Sila jangan elaborate JB tu apa. Nanti bergossip pulak.


Decision - making is relatively hard for young adults, or teenager. but usually teenager, didn't make any choices. They just go with the flow, didn't planned on something, yang mereka taktau yang pilihan tu bakal mengubah hidup mereka.


I'm doing this for a reason eventho I am not, matang. Sangat tidak matang.


It is very complicated to elaborate. Because me myself cannot decipher this thingy that is in my head. Right now. So let it be. (Ini baru remaja)


Stop thinking about yourself and concern more about others. Yes, I'm sorry.


You change your life when you change your decision. Think wisely.

Monday, April 4

(Sponsored Post) Bapa Saya

Oh ini post disponsor oleh my Abah Cyg. Haha.

Ok guys, aku taktau apa yang nak disampaikan. Ini yang telah diberitahu oleh beliau.



"Kepada sesiapa yang ingin menjual emas, sila berjumpa atau hubungi saya (Jazman Yahya) atau anak saya yang nakal tahap tak boleh nak ikut punya (Zahid Jazman)


Koperasi Teras Semenyih ingin membeli emas daripada anda. Emas akan dibeli dengan harga pasaran terkini."


Ok itu je. Yang bahagian "nakal tahap tak boleh nak ikut punya" tu aku tambah tambah sedikit perasa. Yang tak sedap tu.


So ini contact number MyAbahCyg : 017-3693809 (Mr. Jazman bin Yahya)


Dan ini Zahid Jazman, which is me : 017-2115819 (Zahid Jazman) (Zahid Jazman) (Zahid Jazman)


Sponsored by, errr, Captain Awesome - est. :)

Sunday, April 3

Memancing Si Pacu, dan Nyaris Kehilang Sepatu Separtan

Ok, this just in. Ceh macam pemberita lah pulak kan kau ni zot. Bagus bagus. Up-to-date punya orang.

Up-to-date? Aku ni agak kuno sebenarnya. Sangat, yang sangat tu. Entah, kadang kadang pun aku taktahu apa yang aku cakapkan ni.

So hari ni, seperti yang dijanjikan kepada kami, oleh Abang Bob The Builder, dia akan membawa kami pergi memancing di tempat yang eksklusif. Eksklusif lah sangat, tapi memang eksklusif jugaklah. Shades banyak.

Diringkaskan, Abang Bob The Builder dapat 2 ekor ikan Pacu yang berat dia, average dalam 3kg kot. Macam tu lah.



Mr. Bob The Builder. Suara kuat.
Zidane Semenyih. Bakal beraksi untuk AirAsia Selasa ni. Taktipu.


Jadi, masa meraikan benda benda tak senohon, aku dengan si Zhaf main bola. Ok tipu, MAIN REBUT BATU MACAM MAIN BOLA TU.

Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, aku sepak batu tu jauh jauh, dan Sepatu Separtan aku pun membuntuti batu tu.

Inilah konklusinya,

Seluar baggy ok, bukan londeh.


Sepatu Separtan aku yang malang.

I Am Welcoming April, *tak ingat bulan hijrah* =="

Sedasawarsa ini, aku selalu dengar orang keliling aku cakap, "kenapa lah kau tak ambil lagi keputusan kau? Semua orang nak tahu ni!"

Apa lah nak jadi dengan aku kan? Nak cakap cool? Loser pulak. Nak cakap hot, normal body temperature aku dah jatuh balik ke tahap normal daripada dulu. 40 degrees celcius.

Memang aku takfaham kenapa bila aku taip "celcius" tu ada garis merah kat bawah. Salah eh? Lantaklahhh. =="

So, balik dari JB je aku terus lepak sampai pagi kat, bukan ane, kedai tomyam. Ane jauh dari rumah aku. Lepas tu entah merayau pergi mana ntah.

Iyea, dah dua hari taktidur. Hardcore driving. Mungkin sebab adrenaline banyak sangat. Mungkin. Aku pun taktau apa yang hormon aku tengah buat sekarang so jangan tanya banyak banyak soalan.

"A person who live an unexpected life will be consider cool. But a person who had his life expected, is a total idiot"
- zotzawson