BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 3

Sebab

Adam ni, dia sakit. Dan dia ni memang susah sangat nak ikut nasihat doktor atau orang lain. Tapi, dia nak orang lain ikut nasihat dia. Melampau kan?

Semakin hari, dia semakin sakit. Dan macam biasa, pesan orang memang Adam susah nak ikut. Sampai satu hari masa di taman permainan berhampiran dengan jalan besar.

"Kau taknak potong rambut ke? Dah panjang menjela macam, macam.."

"Macam apa?"

"Macam kajang"

"What!?"

"Aku nak sebut kacang panjang. Kajang pun jadi lahhhhh."

"Kau lagi kronik dari aku ni. Haha."

"Lantaklah, sekarang ni kenapa kau taknak potong rambut? Daddy dah marah dah tu."


Tiba tiba telefon Nokla, bukan Nokia, kepunyaan Adam berbunyi.


"Mr. Adam, ai nit tu si yu in mai ofis rait awei" kata bos dia.

Translation. Mr Adam, ai nit tu si yu in mai ofis rait away. Ok joking. Mr. Adam, I need to see you in my office right away.

"Okay Mr. - " Talian diputuskan. Sebab bos dia dah habis kredit.

"Men. ai syud hef yus de posped wan lah"

Translation. Man, I should have used the postpaid one lah.


Di pejabat Mr Boss.


"Yes boss, why do you need to see me in a jiff?

"Aku takcakap pun in a jiff. Kau yang melebih lebih."

"Eh, cakap melayu pulak. Kenapa nak jumpa saya?

"Ni, aku nak habaq kat hang. Ni depa semua ni rimas dok tengok rambut yang yang macam kajang tu."

"Kajang?"

"Kacang panjang lah bengap. Ni bila hang nak pi potong rambut ni?"

"Taknak lah boss, susah susah je."

"Adam Adam, takpalah, pesan aku ni hang takmau ikut. Simpan lah rambut tu. Jadi rastafarian"

"Taknak lah boss."

"Aik? Kenapa pulak? Hang ni dok bikin pening aku je lah."

"Sebab, kalau rambut panjang, biasanya, akan tersekat pada skala enam"


Ni lah penyakit Adam. Loyaq buruq. 

2 comments:

habibahAlyahya said...

i dont even know that loyaq buruk is a penyakit, now i know. haha

zotzawson said...

Kalau nak tahu lebih lanjut. Sila berjumpa dengan Doktor Boss. :)

Benda ni jadi penyakit kalau dia dah berjangkit dekat orang lain. Haha