Rumput paling panjang adalah lalang. Pokok paling tinggi adalah pokok baobab. Pokok paling pendek kata pokok. Pokok paling tak guna hutang pokok.
Generasi sekarang, kita perhatikan. Tiada matlamat, tiada cabaran, tiada usaha. Tapi mahu semua kemudahan yang ada sekarang. Disuruh buat lebih, tidak mahu. Disuruh buat kurang, katanya tak cukup. Manusia biasa tahu apa kehendak mereka.
Generasi sekarang macam lalang. Tiup kiri, pergi kiri. Tiup kanan, pergi kanan. Kenapa mereka jadi macam ni? Kata mereka, perubahan zaman. Semua sudah canggih. Memang. Aku tak anggap benda tu salah. Tapi konteks perubahan zaman dalam minda mereka tu salah.
Mereka tidak boleh buat keputusan. Mereka kata mereka tidak matang lagi. Mereka kata macam macam. Aku mampu diam. Mereka nak menang, aku bagi menang.
Aku tak mampu nak ubah orang.
No comments:
Post a Comment