BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 16

"Ini Sungguh Bugima" katanya

Adam seorang yang philophobic. Jangan tanya kenapa, penulis saja mahu berteka teki dengan para pembaca. Cehh.


Jadi, pada satu malam yang panas, Adam dan kuncu kuncunya merancang mahu kena teh 10lapis. Dan lepak bersama kawan lama. Kuncu Adam sorang tu, bawa lagi sorang teman. Perempuan. Ohyess perempuan.


Macam biasa, Adam pun berborak dengan rakan baru. Biasalah, mingling is a way of life. Dia rancak berborak dengan Hawa. Dan seperti biasa, lepas lepak makan minum mestilah balik.


Keesokan paginya, Adam bangun. nama si Hawa yang terkeluar dari mulut dia yang busuk sebab belum berus gigi. And that moment, he knows he is fucked, because he uttered someone else's name first thing in the morning.


"She's my ideal, but I will never see her again. Why? Because I won't risk my ideal with a relationship"


Lalang

Rumput paling panjang adalah lalang. Pokok paling tinggi adalah pokok baobab. Pokok paling pendek kata pokok. Pokok paling tak guna hutang pokok.


Generasi sekarang, kita perhatikan. Tiada matlamat, tiada cabaran, tiada usaha. Tapi mahu semua kemudahan yang ada sekarang. Disuruh buat lebih, tidak mahu. Disuruh buat kurang, katanya tak cukup. Manusia biasa tahu apa kehendak mereka.


Generasi sekarang macam lalang. Tiup kiri, pergi kiri. Tiup kanan, pergi kanan. Kenapa mereka jadi macam ni? Kata mereka, perubahan zaman. Semua sudah canggih. Memang. Aku tak anggap benda tu salah. Tapi konteks perubahan zaman dalam minda mereka tu salah.


Mereka tidak boleh buat keputusan. Mereka kata mereka tidak matang lagi. Mereka kata macam macam. Aku mampu diam. Mereka nak menang, aku bagi menang.


Aku tak mampu nak ubah orang. 


Sunday, June 3

300

Mungkin 300 bukan jumlah yang besar bagi kau orang, tapi bagi aku, itu satu pencapaian walaupun dengan kenaikan satu angka.


Post dibawah adalah yang ke-300. Mungkin, mungkin juga tidak sebab drafts aku banyak gila babannnn. Posts that didn't make it. Sebab, mungkin tiada masa. Tak tak.


Alasan di atas takboleh guna. Sebab sekarang, aku rajin menulis atas kertas. Terus fizikal sebab aku tiada akses internet kat hostel. Okay tipu. Ada. Tapi masa begitu kurang untuk aku habiskan 1-2 jam depan komputer. Dan aku tiada laptop. Dan terus akan tiada kalau laptop tiada peranan istimewa kacuali tengok movie dan main game.


Jadi, ini yang ke-301. Mungkin. Aku takpasti. After all these years, HANYA 300.

Buku. Bookoo. Buqu.

An author only writes about his experience - Paulo Coelho


So  I did some research. Penulis Alice In Wonderland adalah seorang epileptik. So does Fyodor Dostoyesky, the author of Crime and Punismennt. Dan banyak lagi. Jadi, berkemungkinan mereka menceritakan atau memanipulasikan pengalaman mereka semasa having fits.


Mindfucked?


Bagi aku, ada betulnya. Sebab, kita menceritakan suatu cerita dengan lebih menarik jika menceritakan pasal pengalaman kita. Tak gitu? Dan sebelum seorang penulis menulis satu cerita, dia mesti buat kajian dan bekerjasama dengan subjek yang berkenaan dengan cerita dia. Betul?


Menulis sesuatu membabi buta, atau sesuatu yang fiksyen , yang tiada kena mengena dengan pengalaman sendiri adalah satu benda yang bukan senang dibuat, tapi tak mustahil. Tapi TAK PERNAH SENANG NAK BUAT.


Sebab macam mana kita nak tulis sesuatu tentang benda yang kita taktahu? Ironically, benda itulah yang orang ramai buat, dan semakin menjadi jadi. Setuju?


Persetujuan korang tak penting. Yang penting aku dapat keluarkan benda ni dari dada aku. Maaf. Otak aku. This thought is bothering me when people, I mean, PEOPLE (orang) cannot accept the fact that they WERE wrong, at least once.


Dan minda terlalu sempit untuk menerima kritikan halus daripada orang lain, sampai, menutup peluang mereka untuk mendapatkan ilmu yang lebih dari biasa.


I rest my case. I just need some help in finding these books. Kalau ada jumpa kat secondhand bookshops, bagitau aku.


  1. The Bonfire of the Vanities by Tom Wolfe
  2. Ishmael by Daniel Quinn
  3. A Journey to Ixtlan by Carlos Castaneda
  4. A Fugitive Crossing His Tracks by Aksel Sandemose
  5. The Centaurs of the Great Steppes by Imangali Tasmagambetov
  6. Crime and Punishment, dan The Brother Karamazov by Fyodor Dostoyevsky
  7. The Taqwacores, dan Osama Van Halen by Michael Muhammad Knight

The Taqwacores dan Osama Van Halen aku dan jumpa. Tapi kalau korang jumpa yang secondhand punya lagi best. Terimakasih.


Karya Sartre dan Borges, aku baru nak kenal. Ciao.