BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 24

Sempurna



  ADAM nama yang elok. Tiada cacat. Adam bukan nama sempurna. Baik segalanya.


ABLE nama yang Nampak yakin. ABLE bukan macam ADAM. ABLE buat apa je yang dia mahu tanpa memikirkan kesan tindakan dia.


JOT nama samaran. Yang bukan manja, tak baik, tapi agak agnostik. JOT adalah bukan nama wannabe yang terhanga didunia. Malah, JOT adalah nama loser yang luarbiasa.


ADAM akan muncul masa orang lain memerlukan pertolongan.. Dia baik. Tapi jangan anggap baik tu sempurna. Ada cacat celanya. Sebab ADAM adalah orang biasa. Makhluk biasa.


ABLE hanya akan muncul masa dia sungguh cranky. Dia buat benda baik tanpa berfikir lanjut. Tapi dia jugak buat benda jahat, tanpa berfikir lanjut. Dia juga ada cacat celanya. Sebab ABLE adalah orang biasa. Makhluk biasa.


JOT akan muncul dalam keadaan mencari sesuatu. Dia banyak berfikir. Antara baik dan buruk, dan macam macam lagi. Tapi dia tak ambil keputusan. Dia jugak ada cacat celanya. Sebab JOT adalah orang biasa. Makhluk biasa.


Ketiga – tiga individu ini, hidup dalam satu jasad. Walaupun begitu, kalau digabungkan semua sekali, takkan jadi sempurna. Sebab apa? Biar aku tinggalkan korang dengan persoalan tu tertanam dalam kepala korang masing masing. Aku nak korang jadi ADAM, ABLE dan JOT sekaligus.


Lepas tu baru kau tahu macam mana aku sengsara.

No comments: