BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 24

P.A.N.D.A



       Ini aku punya panda, dia hanya bukan aku punya kalau kau cakap dia kau punya. Maka aku bagilah panda ni kat kau. Eh silap, aku takboleh bagi. Sebab panda ni bukan kepunyaan aku.


     Keliru kan? Macam tu lah manusia. Kadang kadang dah terang lagi bersuluh. Dikelirukan oleh penilaian sendiri. Nak buat baik salah, jahat lagilah salah. Itu manusia. Bukan semua tapi kebanyakan. Aku bukan orang yang seronok dengan keadaan dunia sekarang.


     Aku suka kaedaan keliru, situasi keliru, pembacaan keliru. Sebab bila aku keliru, aku rasa aku boleh berfikir unutk buat keputusan. Sebab bila aku dah buat keputusan, dan berjaya. Aku bersyukur sebab aku ada kelebihan unutk berfikir.


     Aku sepatutnya dah tidur sekarang, tapi aku takboleh tidur. Aku taktau kenapa jadi jangan tanya. Ni memang kronik. Ni pun aku menaip, tulis, fikir main bantai je. Sebab biar aku je faham. Aku nak cakap dengan diri sendiri, bukan kau. Jadi jangan baca.


     Kalau kau baca dan keliru sebab apa aku tulis tapi taknak orang baca? Sebab, aku manusia yang masih sedikit keliru tentang arus globalisasi kini. Dan niat yang sebenarnya adalah, aku saja nak bagi korang keliru.


Sebab keliru buat orang ligat berfikir untuk cari jalan keluar.

Sempurna



  ADAM nama yang elok. Tiada cacat. Adam bukan nama sempurna. Baik segalanya.


ABLE nama yang Nampak yakin. ABLE bukan macam ADAM. ABLE buat apa je yang dia mahu tanpa memikirkan kesan tindakan dia.


JOT nama samaran. Yang bukan manja, tak baik, tapi agak agnostik. JOT adalah bukan nama wannabe yang terhanga didunia. Malah, JOT adalah nama loser yang luarbiasa.


ADAM akan muncul masa orang lain memerlukan pertolongan.. Dia baik. Tapi jangan anggap baik tu sempurna. Ada cacat celanya. Sebab ADAM adalah orang biasa. Makhluk biasa.


ABLE hanya akan muncul masa dia sungguh cranky. Dia buat benda baik tanpa berfikir lanjut. Tapi dia jugak buat benda jahat, tanpa berfikir lanjut. Dia juga ada cacat celanya. Sebab ABLE adalah orang biasa. Makhluk biasa.


JOT akan muncul dalam keadaan mencari sesuatu. Dia banyak berfikir. Antara baik dan buruk, dan macam macam lagi. Tapi dia tak ambil keputusan. Dia jugak ada cacat celanya. Sebab JOT adalah orang biasa. Makhluk biasa.


Ketiga – tiga individu ini, hidup dalam satu jasad. Walaupun begitu, kalau digabungkan semua sekali, takkan jadi sempurna. Sebab apa? Biar aku tinggalkan korang dengan persoalan tu tertanam dalam kepala korang masing masing. Aku nak korang jadi ADAM, ABLE dan JOT sekaligus.


Lepas tu baru kau tahu macam mana aku sengsara.

Tuesday, February 21

Bathert Bathert

Wahai manusia yang konon keras sebab layan metal, kau orang kalau dah kena troll, atau kena bahan, atau saja kena usik, janganlah kau cuba nak berhati kapas dengan kami sang pencinta gurauan.



Itu mukaddimah yang tak patut sebenarnya, hilang aku belum penat lagi. Yea korang fikir sendiri. Sabtu ni aku masuk kolej, papehal nanti kita lepak, atau tidak, Sebab aku memang nak belajar bidang baru. Kalau korang kacau aku layan, takpa. Kalau korang kacau aku maki, maaf advance dari aku dulu yea.


Oh yea, ALIENMERAH, ni email aku. commoncensored18@gmail.com. Invite weh invite. Aku janji tak troll kau. Janji. Tapi janji melayu lah. :)


Fin. Nanti aku cerita pasal ADAM, ABLE, dan JOT.