BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 14

Semalam Sepatutnya

Sepatutnya semalam lagi aku dah post benda ni. Aghhh. OK aku taksihat tu je.

Esok aku akan pergi ke Khidmat Negara. Haha.

Ok ciao. banyak benda tak settle lagi ni.

Ok tamau ciao lagi. Main main je tu.



Outline untuk cerita Cikgu Dan Murid tu, adik aku bantai tumpahkan dengan kopi. Aku yang ingatan tak berapa nak, sihat ni. Kena lah buat outline baru balik. Cerita dia lari sikit. Tapi aku rasa ok kot.


Ada stalker kat blog aku. ==" Esok, esok esok esok esok esok esok esok esok esok esok. OK dah. Nanti aku sambung lagi. 

Friday, May 6

Cerita Cikgu Dan Murid #3

"Setelah menyelesaikan laporan dan dokumen untuk menjadikan Afiq anak angkatnya, Adam membawa Afiq pergi mengenyangkan perut. Dia tahu bahawa Afiq sangat lapar, kerana dia pun lapar. Lebih kurang je. Melihat muka Afiq, sakit di badannya hilang. Disitu dia pasti dia mebuat pilihan yang betul."


Kereta Adam berhenti di sebuah restauran yang tidak sangat terkenal. Restauran tu hanya menghidangkan wain wain murah dan jugak stik babi yang sangat lama diperap di dalam peti sejuk beku.


Ok aku bergurau. Adam berhenti di kedai makan Mak Som. Restauran yang menghidangkan masakan Melayu yang enak dan panas. Kebetulan masa tu dah petang dan dia belum makan tengah hari. 


"Burp!" Adam dan Afiq sendawa serentak. Dasar takda moral punya guru dan anak murid. =="

"Afiq kenyang?" Dia menduga.

"Kenyang cikgu." Senyum penuh makna. "Dah aku sendawa macam nak keluar anak tekak tadi, dia masih lagi tanya aku kenyang ke tak." Afiq bermonolog.

"Bagus, lepas ni cikgu nak bawa Afiq jumpa mak cikgu, ok?"

"Boleh juga. Tapi ok ke?"

"Ok je. Mak cikgu tu sporting sangat tau. Mak yang terbaik!" 


Cerita diringkaskan beberapa hari selepas Adam membawa Afiq berjumpa dengan kedua orang tuanya. Mereka berdua sangat sukakan Afiq. Mak dan ayah Adam menawarkan diri untuk menjaga Afiq, tetapi ditolak Adam. Katanya lagi senang dan tidak mahu menyusahkan orang lain.


Prestasi Afiq merudum semenjak peristiwa itu. Adam amat risaukan anak angkatnya itu. Tetapi dia juga ambil berat tentang anak muridnya yang lain. Afiq juga menunjukkan sikap sikap yang pelik. Sikap pelik macam mana tu kau janganlah tanya aku. Aku pun pening nak bagitau sikap yang mana satu. Tapi pelik lah.


Ok seperti, dia lebih banyak masa bersendiri daripada membuat kerja rumah bersama Adam. Dan, dia pakai songkok ke sekolah. 


Adam bukannya orang yang jahil. tetapi Afiq sangat lain sekarang. Memang dia tidak pernah terlepas mendidik Afiq tentang agama. Tapi ini sudah menjangkaui dugaannya keatas Afiq.


OK tu je setakat ini. Aku sudah pening dan dapat writer's block. =="
Sila baca Bahagian Satu dan Bahagian Dua. Terima kasih kerana membaca. :DD

May the 4th Be With You

May 4th ni, Hari Perang Bintang Sedunia. Taktau? Takpa sekarang dah tau.
"May The Force Be With You"


Jadi aku sebagai peminat tegar Star Wars, main chat lah dengan peminat peminat lain. Bobba Fett ada, Obiwan ada, Princess Leia ada. Best jugak lah. Kat mana aku chat? Rahsia.


Dan StarWars Day dah habis. Aku ingat dah habis lah. May 5th pulak, ada hari "May the 5th Be With You" =="


Maknanya, "May The Sith Be With You" 


Kena ingat, orang jahat pun nak dapat nama jugak. 

Wednesday, May 4

It's May....

Lemah aku bila nak korek korek balik barang lama dan kemas. Tuan punya badan bantai tidur. ==" Aku dikulikan.


Tapi, tapi tapi, tapi takpa. Aku dapat beberapa kotak free. Tahu lah kotak apa kannn. Sodap.


Sebenarnya lately ni aku bukan happy sangat. Sebab Pak Aziz meninggal. Dan Syakir jugak. Dan baby Ilham. Dua hari straight ada tiga kematian. Korang tak rasa apa apa ke?


Al-Fatihah kepada mereka.


Well, I feel miserable. Seriously. And May, is not a happy start.


Btw, aku dapat kerja jadi videographer. :)

Saturday, April 30

Rasa Malas

Oh yea. outline cerita cikgu dan murid tu dah ada. Internet pun dah ada kat rumah. Tapi rasa malas sikit sebab baru dapat interview jadi videographer.

Nervous bebb. Dulu jadi feelancer mana ada interview interview ni. Buat kerja, hantar artwork dan portfolio lepas tu ambil duit. Senang kan?

Masa aku tweet dengan Afiq, dia cakap dia duduk Semenyih. Siot. Bukan nak cakap awal awal. Haha. Kau balik dari Maryland nanti kita lepaklah. Lepas tu mungkin aku ikut kau. Cehhhhhhh!

Yang akhir tu takboleh blah kan? Biarlah.

Dan dan dan, Kak Bibah dapat pergi ke Konsert Maroon 5. Jealous, ==" Tiket jatuh dari langit katanya. Siap bagi aku jealous tu yang taktahan.

Pergil je lahh balik Kuantan tu! :p Hahaha. Btw, terima kasih temankan saya kat twitter pada masa bosan. Yea, memang sangat bosan. Ingat nak buat drama "seram lipat kain sama sama" Gahahaha.

Incubus dengan RHCP kalau datang memang kita pergi kakak. :DD


Saya nak dedikasikan lagu Kasihan by Hujan kepada semua followers saya. Uitceh! Tak menahannnnnnn!


Tak lupa, aku patut buat description kat blog aku macam kat Sarkasis ni.
"Saya mensarkakan diri sebelum mensarkakan orang lain"
"Sebarang kepanasan bontot, telinga atau hati yang tercarik carik adalah risiko sendiri" 

Wednesday, April 27

Sembilu Melaka / Malaya

Sebelum baca post ni, sila baca Entri Melaka dulu. Kalau nak lebih menarik lah. Kalau taknak takpa. nanti kalau takfaham, padan muka kau lah.

Ok aku keliru nak letak nama apa. Aku dengan abang aku bergaduh sebab aku nak letak Sembilu Malaya, dia nak letak Sembilu Melaka. Padahal Melaka dalam Malaya jugak. Aku takfaham lah dengan dia tu.


Kejadian ini berlaku di Dataran Pahlawan, sepertimana yang diberitahu oleh Zhafri. Kami bertiga sebagai perokok tegar telah melarikan diri daripada kawasan "Melaka Bebas Rokok : Kawasan Dilarang Merokok".


Sebab taknak kena saman. RM30 pulak tu. Haih.


Semasa berlepak lepak taktau nak pergi mana, mainly sebab mengantuk, because te night before kami berempat main snooker. 8 frame. Yea, lapan. LAPAN.


Ok, cerita bermula sekarang.


Kami ternampak seorang sepasang kekasih yang sedang bersandiwara. Dilihat sang jejaka sedang melutut meminta maaf sambil meletakkan tangannya di dada. SUNGGUH EPIK WACAKAPSAMALU.


Kami memerhati dengan sifat ingin tahu yang begitu mendalam. Semasa sang jejaka berkata kata, dilihat sang gadis pula menggeleng gelengkan kepalanya. Sambil menutup mukanya, macam Cik Asyikin Rahimi cakap. FACEPALM.


Jadi aku sebagai penonton yang berinovatif lagi baik, aku pandang ke arah berlainan, tepuk tangan dengan kuat, sambil menjerit. "TERUSKAN USAHA ANDA!"


Aku bukan jahat. Aku memberi semangat. Nak tahu berkessan ke tak, tunggu ending dia ok? 


Jadi, sang jejaka macam dengar aku cakap apa, darah remajanya membakar di dalam hati untuk mendapatkan sang gadis. Dia mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan gadis yang diidamkan itu.


Diringkaskan cerita, sang jejaka berjaya memujuk sang gadis yang amat susah didapati itu. Sang jejaka pun mengendong sang gadis untuk dibawa ke dalam kereta. Yes, dia dukung perempuan tu, kat public, amatlah malu bagi aku untuk tengok.


Tapi takpa, cerita ni akan jadi lebih epik. Sebelum dia sampai ke kereta Viva putih enjin taktau model apa tu, tibtiba ada seorang jejaka membawa Wira biru dan disyakki memiliki enjin 1.8 GSR. Menghalang sang jejaka untuk keluarkan keretanya.


Lelaki tersebut berjumpa sang jejaka menunjukkan beberapa dokumen. Sang jejaka seperti tidak percaya. Sang gadis pula yang baru sahaja terpesona dengan sang jejaka terus pergi ke sang jejaka lalu menampar - nampar sang jejaka itu.


Aku tahu aku pakai kata ulang. Dia tampar lelaki tu banyak kali beb. Aku rasa lebam jugaklah pipi dia.


Dan kalau korang takfaham lagi, ni aku cerita ending dia. KERETA LELAKI TU KENA TARIK SELEPAS BARU SAHAJA DIA MENGAYAT SANG GADIS. Sadis gila wehh. Kalau buat movie mesti dapt kutipan RM 8 juta seminggu.


Moral : Jangan jadi bodoh.

Entri Melaka.

Ok, semalam aku pergi Melaka, kononnya nak tolong cousin aku naik kapal, tapi, seperti biasa, dia tak bagi, so aku jalan jalan lah dengan abang aku dan Zhafri.


Plan nak melawat lah, dan aku pulak memang pandai lupa bagitau sapa sapa yang aku pergi Melaka. Mula mula nak pergi jumpa Cik Mewraa Supermanis, pergi tempat kerja dia, kawan dia cakap dia amik cuti hari tu. Yes, I'm talking about a bad timing. Haha


Lepas tu pergi sekolah St. David, Zhafri nak amik buku rekod dia. Dan jumpa, Putri tak silap aku. Sapa sapa je lah kan. Dan dua dua takda. Buku rekod lesap, dan tak jumpa Putri.


Masa takda kerja tuu, tibatiba rasa nak kacau seorang pekerja Madam Kings. Haha. So kkami pun pergi Madam Kings. Jumpa lah 2 orang pekerja yang sangat tidak berdisiplin kerana melayan karenah kami bertiga. Haha. Yeah, orang tu adalah AqilienGendut dan pakwenya Aniff. 


Haha. Aniff boleh tahan sporting tapi dia nervous jumpa aku. Aku takfaham kenapa. 


Masa lepak kat DP, kiteorang dapat tengok drama Sembilu Melaka. Haha. Nanti aku cerita macam mana jalan ceritanya.


Minta maaf kepada orang Melaka sebab aku agak kurang ajar. Sebab masa mula mula sampai Melaka, aku jerit, "Melaka bau lipas!" Sorry.


Lain kali kalau aku pergi Melaka aku inform awal awal ok? Qila, pendek sudah kamu yea. Hahaha. :p