"Setelah menyelesaikan laporan dan dokumen untuk menjadikan Afiq anak angkatnya, Adam membawa Afiq pergi mengenyangkan perut. Dia tahu bahawa Afiq sangat lapar, kerana dia pun lapar. Lebih kurang je. Melihat muka Afiq, sakit di badannya hilang. Disitu dia pasti dia mebuat pilihan yang betul."
Kereta Adam berhenti di sebuah restauran yang tidak sangat terkenal. Restauran tu hanya menghidangkan wain wain murah dan jugak stik babi yang sangat lama diperap di dalam peti sejuk beku.
Ok aku bergurau. Adam berhenti di kedai makan Mak Som. Restauran yang menghidangkan masakan Melayu yang enak dan panas. Kebetulan masa tu dah petang dan dia belum makan tengah hari.
"Burp!" Adam dan Afiq sendawa serentak. Dasar takda moral punya guru dan anak murid. =="
"Afiq kenyang?" Dia menduga.
"Kenyang cikgu." Senyum penuh makna. "Dah aku sendawa macam nak keluar anak tekak tadi, dia masih lagi tanya aku kenyang ke tak." Afiq bermonolog.
"Bagus, lepas ni cikgu nak bawa Afiq jumpa mak cikgu, ok?"
"Boleh juga. Tapi ok ke?"
"Ok je. Mak cikgu tu sporting sangat tau. Mak yang terbaik!"
Cerita diringkaskan beberapa hari selepas Adam membawa Afiq berjumpa dengan kedua orang tuanya. Mereka berdua sangat sukakan Afiq. Mak dan ayah Adam menawarkan diri untuk menjaga Afiq, tetapi ditolak Adam. Katanya lagi senang dan tidak mahu menyusahkan orang lain.
Prestasi Afiq merudum semenjak peristiwa itu. Adam amat risaukan anak angkatnya itu. Tetapi dia juga ambil berat tentang anak muridnya yang lain. Afiq juga menunjukkan sikap sikap yang pelik. Sikap pelik macam mana tu kau janganlah tanya aku. Aku pun pening nak bagitau sikap yang mana satu. Tapi pelik lah.
Ok seperti, dia lebih banyak masa bersendiri daripada membuat kerja rumah bersama Adam. Dan, dia pakai songkok ke sekolah.
Adam bukannya orang yang jahil. tetapi Afiq sangat lain sekarang. Memang dia tidak pernah terlepas mendidik Afiq tentang agama. Tapi ini sudah menjangkaui dugaannya keatas Afiq.
OK tu je setakat ini. Aku sudah pening dan dapat writer's block. =="
Sila baca Bahagian Satu dan Bahagian Dua. Terima kasih kerana membaca. :DD
No comments:
Post a Comment