BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 27

Sembilu Melaka / Malaya

Sebelum baca post ni, sila baca Entri Melaka dulu. Kalau nak lebih menarik lah. Kalau taknak takpa. nanti kalau takfaham, padan muka kau lah.

Ok aku keliru nak letak nama apa. Aku dengan abang aku bergaduh sebab aku nak letak Sembilu Malaya, dia nak letak Sembilu Melaka. Padahal Melaka dalam Malaya jugak. Aku takfaham lah dengan dia tu.


Kejadian ini berlaku di Dataran Pahlawan, sepertimana yang diberitahu oleh Zhafri. Kami bertiga sebagai perokok tegar telah melarikan diri daripada kawasan "Melaka Bebas Rokok : Kawasan Dilarang Merokok".


Sebab taknak kena saman. RM30 pulak tu. Haih.


Semasa berlepak lepak taktau nak pergi mana, mainly sebab mengantuk, because te night before kami berempat main snooker. 8 frame. Yea, lapan. LAPAN.


Ok, cerita bermula sekarang.


Kami ternampak seorang sepasang kekasih yang sedang bersandiwara. Dilihat sang jejaka sedang melutut meminta maaf sambil meletakkan tangannya di dada. SUNGGUH EPIK WACAKAPSAMALU.


Kami memerhati dengan sifat ingin tahu yang begitu mendalam. Semasa sang jejaka berkata kata, dilihat sang gadis pula menggeleng gelengkan kepalanya. Sambil menutup mukanya, macam Cik Asyikin Rahimi cakap. FACEPALM.


Jadi aku sebagai penonton yang berinovatif lagi baik, aku pandang ke arah berlainan, tepuk tangan dengan kuat, sambil menjerit. "TERUSKAN USAHA ANDA!"


Aku bukan jahat. Aku memberi semangat. Nak tahu berkessan ke tak, tunggu ending dia ok? 


Jadi, sang jejaka macam dengar aku cakap apa, darah remajanya membakar di dalam hati untuk mendapatkan sang gadis. Dia mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan gadis yang diidamkan itu.


Diringkaskan cerita, sang jejaka berjaya memujuk sang gadis yang amat susah didapati itu. Sang jejaka pun mengendong sang gadis untuk dibawa ke dalam kereta. Yes, dia dukung perempuan tu, kat public, amatlah malu bagi aku untuk tengok.


Tapi takpa, cerita ni akan jadi lebih epik. Sebelum dia sampai ke kereta Viva putih enjin taktau model apa tu, tibtiba ada seorang jejaka membawa Wira biru dan disyakki memiliki enjin 1.8 GSR. Menghalang sang jejaka untuk keluarkan keretanya.


Lelaki tersebut berjumpa sang jejaka menunjukkan beberapa dokumen. Sang jejaka seperti tidak percaya. Sang gadis pula yang baru sahaja terpesona dengan sang jejaka terus pergi ke sang jejaka lalu menampar - nampar sang jejaka itu.


Aku tahu aku pakai kata ulang. Dia tampar lelaki tu banyak kali beb. Aku rasa lebam jugaklah pipi dia.


Dan kalau korang takfaham lagi, ni aku cerita ending dia. KERETA LELAKI TU KENA TARIK SELEPAS BARU SAHAJA DIA MENGAYAT SANG GADIS. Sadis gila wehh. Kalau buat movie mesti dapt kutipan RM 8 juta seminggu.


Moral : Jangan jadi bodoh.

2 comments:

Anonymous said...

wah. kelakarnya......

IKHLAS DARI JOHN KUNANG

zotzawson said...

John Kunang jangan main kat sini wehh. Nama gangster tuuuu.