BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 20

Ini Lahabau Namanya

Ini cerita lepas ambil keputusan SPM. Yea, tak lama.


So, keputusan aku agak cantik. Aku tak harap keputusan aku secantik tu, tapi agak lah kan. Semua ada, A sampai G. Aku bolot semua. All in. Tamak? Memang. Satu sahaja G. Yang lain lulus. Cantik lah tu kan?


Masa tengah lepak chillax kat sebuah kedai yang terkenal. Adalah seorang makhluk tuhan ni. Dia cakap kat aku.



"Kenapa kau taknak pergi cari kerja huh? Takut sangat cari kerja, takut kena rogol masa tengah naik bas? Aku taktau lah apa nak jadi kat kau ni"


Aku diam. Dia sambung lagi.



"Cubalah bawak tolong mak bapak kamu tu. Tak rasa susah ke?"



Aku bidas sekali.



"Kamu kalau cakap dunia boleh lah menang. Jom cakap akhirat? Nak? Kamu kena ingat anak kamu tu kecil lagi. Saya bukan doakan, tapi mana tahu, jadi lagi teruk? Semua ni kerja Tuhan."



Dia diam. Terus masuk kereta dan balik.


Petang tu, ada seorang lagi makhluk tuhan yang sangat berakal. Akal dia takdalah panjang mana. Akal umur budak 17 tahun ni lagi panjang. Bukan nak cakap besaq.

Oh sebelum tu, aku punya PAI dapat B+. Yea, aku cukup bodoh sebenarnya. Jadi makhluk tuhan tu cakap lah macam ni...



"Kata pergi Rembau tiap tiap minggu belajar, tapi agama dapat B+, apa daaa"



Aku bab bab ni yang aku taktahan ni. Spontan keluar kat mulut aku.



"Yelah, kita bukan tak pandai macam kamu, ADA PHD. Keputusan ni rezeki saya, saya dapat duit dari nenek, cousin saya dapat 8A's to 10A's  tu kenapa takdapat apa apa? Boleh terangkan keadaan macam tu?"



Dia diam. Aku taktau apa kelulusan dia, tapi yang aku tahu dia tak ada PHD. 


Untuk menyokong lagi kenyataan aku. Aku bukan tak kerja. Sometimes sampai setengah mati sebab bos perangai tak semenggah. Dia cakap macam tu sebab dia dah lama tak jumpa aku dan taktau aku buat apa for a living. Dah seminggu berhenti.


Yea memang tiap tiap minggu aku akan ke Rembau. Dah memang rezeki aku takdapat A, nak buat macam mana kan? Redha je lah.


Rezeki tuhan yang turunkan. Dari dunialah kau nak beramal unutk akhirat. Tapi kat dunialah kau senang terleka. Sebab tu kau cakap macam tu kat aku.


Kau cakap aku pengecut sebab aku jawab duit tu jatuh dari langit. Tuhan yang turunkan.


Beza aku dengan kau, pegangan.

No comments: