BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 3

Raya

Takbest cuti singkat. Tu je. Yang lain semua ok.

Bila aku boleh dapat raise ni? Sekarang aku nak hilangkan rasa bitchy aku dengan tengok movie. Maaf raya. Kali ni kau tak special. Ramadhan lebih best, Minta maaf.

Thursday, August 25

Akulah Tu, Bangga Tak?

Apa yang aku nak cakap?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila dah lama taktidur dan asyik fikir benda beyond memang semuanya tunggang terbalik. Aku lah orang bangang yang pentingkan orang lain dari diri sendiri.

Sangat terasa pekat bangangnya. Mungkin jadi bangsat lagi mulia.

Monday, June 20

National Service

National Service is a vital issue yang boleh diketengahkan ke dalam Parlimen. Lagi lagi bab makanan. Stok bagi kucing makan boleh lah kot.


Ok aku tak puas hati pasal tu je, yang lain takboleh nak dicerita. Foods aside, banyak aktiviti yang best aku dah buat. Contoh? Takpayah. Korang rasa sendiri. Aku cakap letop pun takguna kalau korang label National Service as a lame introduction for teens to feel patriotic.


Aku suka sits on fences, sebab tu aku taknak kritik mana mana pihak sama ada pihak remaja atau kerajaan. Cuma, aku akan tetap mengkritik masakan acik kantin yang masak macam bagi kucing makan. Hahaha. Best kan ayat tu?
Aku nak tulis lagi sekali tapi, takpayah kot. Korang bila dah masuk kali ketiga baca, mesti dah tak gelak. CBK.


Currently bercuti selam 4 HARI. Yea betul EMPAT HARI. E to the M to the P to the A to the T. Aku rasa restless bila bagi cuti singkat ni. Apa nak jadi zot, bantai je lahhh. Hadap je hadap.


As Head of Company, I really should be more responsible dan tambah integriti untuk mencapai kecemerlangan. Uitcehhh ayat taknak kalah. Memang takda sapa yang nak kalah. Kan kan kan? Sebab tu ada strategi "MENANG - MENANG"


Macam ni lah hidup aku kat sana. Jumpa ramai orang yang best best. Aku suka people watch. Tengok macam macam orang yang ada atas dunia ni. Kenal macam macam orang dari latar pengalaman yang berbeza.
Itulah aku.


TAPI YANG AKU TAKPUAS HATI SEKARANG, MANA OUTLINE CERITA CIKGU DAN MURID AKU?


Akhir kata. Selamat, dan HANETTTTTTTTTT.

Saturday, May 14

Semalam Sepatutnya

Sepatutnya semalam lagi aku dah post benda ni. Aghhh. OK aku taksihat tu je.

Esok aku akan pergi ke Khidmat Negara. Haha.

Ok ciao. banyak benda tak settle lagi ni.

Ok tamau ciao lagi. Main main je tu.



Outline untuk cerita Cikgu Dan Murid tu, adik aku bantai tumpahkan dengan kopi. Aku yang ingatan tak berapa nak, sihat ni. Kena lah buat outline baru balik. Cerita dia lari sikit. Tapi aku rasa ok kot.


Ada stalker kat blog aku. ==" Esok, esok esok esok esok esok esok esok esok esok esok. OK dah. Nanti aku sambung lagi. 

Friday, May 6

Cerita Cikgu Dan Murid #3

"Setelah menyelesaikan laporan dan dokumen untuk menjadikan Afiq anak angkatnya, Adam membawa Afiq pergi mengenyangkan perut. Dia tahu bahawa Afiq sangat lapar, kerana dia pun lapar. Lebih kurang je. Melihat muka Afiq, sakit di badannya hilang. Disitu dia pasti dia mebuat pilihan yang betul."


Kereta Adam berhenti di sebuah restauran yang tidak sangat terkenal. Restauran tu hanya menghidangkan wain wain murah dan jugak stik babi yang sangat lama diperap di dalam peti sejuk beku.


Ok aku bergurau. Adam berhenti di kedai makan Mak Som. Restauran yang menghidangkan masakan Melayu yang enak dan panas. Kebetulan masa tu dah petang dan dia belum makan tengah hari. 


"Burp!" Adam dan Afiq sendawa serentak. Dasar takda moral punya guru dan anak murid. =="

"Afiq kenyang?" Dia menduga.

"Kenyang cikgu." Senyum penuh makna. "Dah aku sendawa macam nak keluar anak tekak tadi, dia masih lagi tanya aku kenyang ke tak." Afiq bermonolog.

"Bagus, lepas ni cikgu nak bawa Afiq jumpa mak cikgu, ok?"

"Boleh juga. Tapi ok ke?"

"Ok je. Mak cikgu tu sporting sangat tau. Mak yang terbaik!" 


Cerita diringkaskan beberapa hari selepas Adam membawa Afiq berjumpa dengan kedua orang tuanya. Mereka berdua sangat sukakan Afiq. Mak dan ayah Adam menawarkan diri untuk menjaga Afiq, tetapi ditolak Adam. Katanya lagi senang dan tidak mahu menyusahkan orang lain.


Prestasi Afiq merudum semenjak peristiwa itu. Adam amat risaukan anak angkatnya itu. Tetapi dia juga ambil berat tentang anak muridnya yang lain. Afiq juga menunjukkan sikap sikap yang pelik. Sikap pelik macam mana tu kau janganlah tanya aku. Aku pun pening nak bagitau sikap yang mana satu. Tapi pelik lah.


Ok seperti, dia lebih banyak masa bersendiri daripada membuat kerja rumah bersama Adam. Dan, dia pakai songkok ke sekolah. 


Adam bukannya orang yang jahil. tetapi Afiq sangat lain sekarang. Memang dia tidak pernah terlepas mendidik Afiq tentang agama. Tapi ini sudah menjangkaui dugaannya keatas Afiq.


OK tu je setakat ini. Aku sudah pening dan dapat writer's block. =="
Sila baca Bahagian Satu dan Bahagian Dua. Terima kasih kerana membaca. :DD

May the 4th Be With You

May 4th ni, Hari Perang Bintang Sedunia. Taktau? Takpa sekarang dah tau.
"May The Force Be With You"


Jadi aku sebagai peminat tegar Star Wars, main chat lah dengan peminat peminat lain. Bobba Fett ada, Obiwan ada, Princess Leia ada. Best jugak lah. Kat mana aku chat? Rahsia.


Dan StarWars Day dah habis. Aku ingat dah habis lah. May 5th pulak, ada hari "May the 5th Be With You" =="


Maknanya, "May The Sith Be With You" 


Kena ingat, orang jahat pun nak dapat nama jugak. 

Wednesday, May 4

It's May....

Lemah aku bila nak korek korek balik barang lama dan kemas. Tuan punya badan bantai tidur. ==" Aku dikulikan.


Tapi, tapi tapi, tapi takpa. Aku dapat beberapa kotak free. Tahu lah kotak apa kannn. Sodap.


Sebenarnya lately ni aku bukan happy sangat. Sebab Pak Aziz meninggal. Dan Syakir jugak. Dan baby Ilham. Dua hari straight ada tiga kematian. Korang tak rasa apa apa ke?


Al-Fatihah kepada mereka.


Well, I feel miserable. Seriously. And May, is not a happy start.


Btw, aku dapat kerja jadi videographer. :)