BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 26

Budak Mentah

Ok so this post is about our influence to people. And vice versa.

Aku terbaca status Oh! Media kat, tempat biasa lah. Bunyi dia macam ni.

"Adik-adik, kami tak marah pun kalau adik nak buat page lain nama lebih kurang macam kami (hoi! media ke, eh! media ke, ah! media ke, adoi! media ke), sebab kami tahu adik baru nak belajar, tapi jangan lah over sampai tahap menciplak pula ya adik? Belajar mencari influence adik sendiri. InsyaAllah ramai yang suka hasil kerja adik ♥"

Ok, tu memang kopi-pes lah. Aku tak tambah or tolak mana mana yang penting dan tak penting. Masa aku terbaca ni, part yang "belajar mencari influence sendiri" tu, aku memang, setuju.

Kita ni semua, termasuk aku, muda muda memang susah nak cari pengaruh sendiri. Aku mengaku yang aku memang terpengaruh dengan orang. Lagi lagi ayah aku, aiwahhh.

Ok, tu yang aku ikut lah. Aku bukan nak berlagak baik atau benda yang seangkatan dengannya. Tapi aku memang taktau apa yang nak jadi dengan anak muda sekarang.

Aku pun terpengaruh jugak. Rokok. Maaf. Bukan dari ayah aku. Maaf sekali lagi.

Tapi yang bab bab menciplak ni, adoi. Kantoi gila takda pendirian sendiri. Dan sekarang bukan aku nak kutuk atau apa apa lagi. Entahlah.

Orang mempengaruhi kita. By that, what I meant was, improvise, adapt, overcome. Tengok, memang terang terang aku ambil daripada Undisputed. Sebab aku dah kehilangan ayat.

They (the influencer) provide us with an idea on something. Big or small, it is still an idea. We have to improvise. If it's perfect, spread it. Pay it forward.

Orang yang suka memplagiat ni, tak pakai otak. Kerja nak senang je, jadi ambil orang lain punya idea, then claim it's them. Kau orang tak pernah merasa macam mana diplagiat. Kau orang buatlah. Kena sekali kat batang hidung, jangan berani nak menyumpah seranah.


Have a taste of your own weapon.
Nak bukak mata orang bagi sedar bukan kerja senang, yea tak?

Idea Bodoh

Macam ni lah kalau takdapat tidur.

Well, otak aku ni bernas. Banyak idea baik, dan bodoh juga turut serta. Sapa yang tak pernah bagi idea bodoh? Cakap sikit.

Ada beberapa mangsa yang aku telah, dimangsakan. Tak banyak, dua orang je aku rasa. Aku rasa lah. 

So sebab mereka pun agak GHOSTBIRD. Aku pun cakaplah..

"Hey, jom kita mogok!"

"Macam mana?"

"Berdiri depan rumah, buat battle stance, dan jerit, "Mengapa aku perlu mogok!?" ok? Jom jom"

"Bangang"

Itu dari mangsa pertama. Dari mangsa kedua.


"Hey, jom kita mogok!"

"Macam mana?"

"Berdiri depan rumah, buat battle stance, dan jerit, "Mengapa aku perlu mogok!?" ok? Jom jom"

"Ubi punya ami."

Ini je lah yang aku ingat. Yang lain aku tak ingat. Haih. So idea ni bodoh, memang, sangat. Kan kan?

Sunday, February 20

Saya Mintak Maaf Banyak Banyak

Lelaki mana yang takda soft spot untuk perempuan? Kan kan?

Bagi aku, selain ibu, kakak, dia ni lah yang aku ada soft spot.

Kan aku cakap, dia menggoda.

Yea, aku tahu dia menggoda. Back off. Ceit. Macam aku punya je.

Ok ok.

Kepada Aaina Nadia binti Mazlan. Saya, Abdullah Zahid bun Jazman, mintak maaf banyak banyak sampai tak terkira sebab ter typo benda tak elok. Honest mistake. Saya sendiri pun terkilan. Don't worry. Nanti caramel siap ok? Macam Sheril cakap, sorry je tak cukup.

I know. 

I'll give you time. But I can't wait forever. 

Friday, February 18

Menyusahkan Orang Tak Sudah Sudah

Biasalah kalau dah sakit. Kerja semua tolak kat orang. Haha.



Btw, sakit. Ciao.

Thursday, February 17

Poligami? Niceeeeeeee.


hot topic:poligami
x:wei,ko pe cte skang?sehat?
y:sehat la,nk plak de due bni,sng hati.hahaahaah
x:ouh.yke?hebat la ko...
persoalannye..ape itu poligami?ape baik n bruknye?korg rse time die nk kwin tu,die de pk ke psl ank bni die kt uma?ank2 tgh skola?
sayang,laki2 tau satu je snh nabi,poligami.bile sroh solat sume...ade ke ikut sunnah nabi?
such a loser!im want y'all feedback:)
klu bleh,ibu2 korg nk respond un leh:)



Dipetik dari kawan aku punya FB. Dia lelaki. Dan masih tak berkahwin. Sebaya aku.

Poligami ni, yang dia skop kan sekarang ni adalah mengapa masyarakat Melayu semua suka berpoligami.  Dia persoalkan, apa itu poligami, apa baik dan buruknya, masa dia buat tu, fikir tak pasal anak bini?


Meh aku ceritakan satu satu. Poligami ni memang sunnah. Tak buruk.

Sebelum tu, diingatkan juga, aku bukan nak tunjuk pandai, jauh sekali mengutuk. Mungkin sekadar tegur. Mungkin.

Benda sekarang, yang memburukkan poligami ni adalah MASYARAKAT MELAYU SENDIRI. Yea, orang Melayu. 


Sekarang kau cakap poligami ni pulak yang tak betul. Lelaki loser. Memang aku setuju. Kau ada point kau kat situ. Tapi JANGAN CAKAP POLIGAMI TU TAK BETUL. Benda yang kau kena tekankan sekarang, orang yang melakukan poligami.

Kat bahu lelaki ni, tuhan dah letak tanggungjawab yang berat. Tuhan tak letak kelebihan pada kaum. Tuhan letak kelebihan pada jantina. Sebab tu aku tak bangga jadi Melayu, tapi aku bangga aku jadi lelaki. Aku boleh tak mengaku aku Melayu. Tapi aku takboleh tak mengaku aku ni lelaki. 


Sekarang ada faham kawan? Haha.


Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak boleh mendiskriminasi poligami. Sebab itu sunnah. Tak boleh diskriminasi lelaki. Sebab lelaki ni pemimpin. Apa yang boleh di diskriminasi?


Individu yang melakukan poligami. Faham kan setakat ni?


Ok, kau cakap DIA fikir tak anak bini dia masa dia nak berpoligami. Dia tu adalah individu yang melakukan poligami. Kita kena kaji dia, individu, dan bukan poligami, atau lelaki.


Kita kena tengok dia macam mana. Warak atau tak, ilmu tinggi ke rendah, menuntut ilmu dengan siapa, siapa guru dia, amalan dia macam mana, aktiviti dia macam mana. 


Dan sebenarnya, it depends on niat. Kalau buruk, maka buruk lah. Kalau baik, maka baiklah tindakan itu.


Kalau tahap pendidikan dia setakat PhD, silalah berjumpa dengan Al Musnid Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki. Guru aku. Tanya dia. Sebab aku tak boleh terangkan lebih lanjut. Aku taktau. Nak lebih lanjut, jumpalah sapa sapa.


Yang aku tahu, kau takboleh mendiskriminasikan sesuatu benda yang HAK membabi buta. Sebab itu hak tuhan. Jangan persoalkan kenapa lelaki je boleh berpoligami. Tuhan cakap boleh, so boleh lah.


Ingat selalu benda ni. YANG PENTING HATI DAN NIAT.

Melaka

Kerja yang tak pernah dibuat orang.

So, sebab aku taktidur lagi, dan sudah beberapa hari jugak tak cukup tidur. Aku bagi korang buat karang sendiri. Aku bagi isi isi penting je. Ok?

Kerja - Zhafri called - cadang lepak Bangsar - Syed Mughni.

Habis kerja - mintak Ayen hantar ke rumah Zhafri - sampai terus mandi - buat macam rumah sendiri - Andy called - Zhaf beritahu yang dia bawak kawan dia - iaitu aku.

Zhaf call Andy - tanya nak pergi mana - Andy tanya balik - duit ada berapa - RM 70 - dia cakap terus lepak Melaka lah - kami pun tunggu.

Andy sampai - jemput - lagi mahu tanya mau pergi mana - ingat nak pergi Melaka - dia cakap dia bergurau - siri sumpah menyumpah bermula - dia cakap lantak lah - ikut je.

Lepas periksa kereta - diharap semua ok - terus bertolak - sambil nyanyi lagu Incubus - ok aku tipu bab lagu Incubus tu.

Bergaduh dalam kereta sebab duit tol - Zhaf cakap RM 13 dari Bangi sampai Melaka - aku cakap RM 18 - Andy cakap RM 15 - aku dengan Andy tepuk dahi - sebab kalah - so korang tahu lah berapa jumlah tol.

Sampai Melaka - tiba tiba jumpa Syed - nasib baik tak lepak Bangsar - sebab dia takda kat sana - dia kat Melaka.

Lepak makan - lepak kat mana entah lagi - singgah sekolah sekolah yang ada kat Bandaraya Melaka - balik.

Perjalanan disingkatkan - aku sakit kepala - tidur - sedar sedar dah sampai tol Bangi - tiket hilang - kena saman - atau kakak tu lepas macam tu je - masih menjadi tanda tanya. =="

Wednesday, February 16

Prejudis

Benda yang, amat mengujakan untuk dibuat. Baik, atau jahat, errr silap, buruk.

Semua orang ada mulut. Digunakan untuk tujuan baik, dan buruk. Jadi, aku ni, biasa sits on fences. Aku memang suka berada di tengah. Kalau kau nak tahu lah.

Tapi sebenarnya, duduk kat tengah ni, tak elok. Atau elok. Sebab bagi aku, duduk tengah is a win - win situation. Aku tak suka kalah. Sapa suka kalah kan?

Tapi kalau kalah, semat dalam hati, ini ujian. Hahaha. Pesanan khidmat masyarakat yang tak berapa nak lut tuu. Haih, aku benci lah kalau dah tak cukup tidur ni. Cranky.

Dan sebenarnya, banyak sifat yang tak elok aku ni. 

Jangan debat dengan aku kalau kau tak faham hakikat / fakta.

Biasakan pendapat kau di pancung  kalau kawan dengan aku. I stand on my rights.

Kalau tak kenal aku, jangan berani kau cakap aku sombong. Duduk semeja dengan aku, baru kau tahu aku macam mana.


Itu 3 perkara je dulu. Sekarang nak cakap pasal mulut.

Aku memang suka bercakap. Kadang kadang kawan kawan pelik kalau aku tak bersuara.Dan masa aku diam tu lah aku selalu kena bahan, dan menjadi kutukan orang ramai / kawan kawan.

So, biar aku diam je. 

Jangan bercakap dengan aku kalau kat tak faham faham fakta dan hakikat yang depan sepasang mata kau tu. Jangan jadi bodoh.